Followers

Sunday, March 15, 2015

Perlancongan Budget ke Krabi (Part 2)

Assalamualaikum!

Sebagai kesinambungan dari post Perlancongan Budget Ke Krabi (Part 1) saya akan menceritakan pula pengalaman Elephant Trekking dan suasana malam di Night Market Bandar Krabi.

Antara satu aktiviti yang bagi saya wajib untuk semua pelancong yang datang ke Thailand adalah Menunggang gajah! Boleh saya katakan ini adalah antara pengalaman yang paling menarik yang harus dicuba sekiranya sampai disini.

Untuk elephant trekking, bayarannya sebanyak 500 baht (RM50) untuk keseluruhan aktiviti. Tapi memang berbaloi dan amat puas hati! kat mana lagi boleh ada peluang sebegini bukan? Dalam Pakej Elephant Trekking ini kita akan dibawa masuk ke dalam hutan dan yang paling menarik gajah-gajah tersebut akan melalui tasik. so prepare je untuk pakai selipar untuk mengelakkan kasut basah.


Tunggang tok gajah


Gajah di bawa menyusuri sungai. sape pakai kasut memang basah la


Bapak gajah menyusup dari tepi


Selepas tu kami dibawa ke Bandar Krabi yang hanya dalam 10 minit dari tempat Elephant Trekking ni. Kami bernasib baik sebab hotel menyediakan transport van untuk bergerak ke mana-mana. sorang cuma 150 baht (RM15)  untuk 3 hari kita nak ke mana-mana.

Sampai di Bandar krabi, sementara menunggu Night Market dibuka kami berjalan2 melihat senibina bangunan-bangunan yang terdapat di bandar ini.


Antara monumen-monumen yang berada di Bandar Krabi.


Oleh kerana terlalu lapar, kami mencari kedai-kedai makan yang halal di sekitar bandar krabi tetapi malangnya pada waktu berkenaan memang tak jumpa pula kedai makanan halal. Yang ada pun roti prata pisang. jadi layan je la.. nama pun thailand pancake tapi rupa dia sama je macam roti prata pisang.

Malam tu pula kami pergi meronda-ronda pasar malam krabi. Pergh memang lainlah kalau dibandingkan dengan di Malaysia. Banyak la jumpa benda2 exotic di sini.. tapi harga T-shirt kat sini lebih murah berbanding di ao nang dalam lebih kurang 1000 baht /RM10 boleh dapat kalau banding di Ao nang mau dekat RM15 paling murah.



Makhluk ni memang jade trade mark pasar malam krabi.



Antara barang2 yang dijual..


Jadi setakat hari ni tu la pengalaman yang menarik yang boleh berkongsi. nnti kita sambung lagi ya dengan post yang akan datang. Bye!

3 comments:

Unknown said...

wow macam best je. nak g jgak. haha

Anonymous said...

Hi Dosh, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

Anonymous said...

Macam best je naik gajah. Hehe