Agak2 kan, kalau dulu cuti dan zaman takda laman2 sosial facebook bagai ni masing2 tengah buat apa? yang perempuan mungkin tengah kupas bawang tolong mak masak dan yang lelaki akan ikut bapak ke surau. eh betul ye tak? ke imaginasi?
kalau dari segi aspek hiburan zaman tu lebih kepada permainan yang melibatkan fizikal misalannya polis sentri, galah panjang, bola sepak, bola terajang dan berbagai aneka permainan lagi.takda la mcm generasi skarang yg main psp, duduk terperap kt rumah bagai. balik kampung ikut nenek bercucuk tanam kat kebun lagi best.hah pernah try?
atau berangan kat tepi laut?
Sebenarnya bercucuk tanam agak menyeronokkan terutamanya bila lihat tanaman kita ada hasil. Pernah jugak skali tu aku pegi tanam biji durian sebab suka makan durian. tergelak nenek masa tu sebab tindakan aku yang macam tak logik.
begitulah cerpen pendek mengenai waktu cuti dan aktiviti bercucuk tanam masa kecil..zaman skarang ni pon orang bercucuk tanam melalui digital. menuai hasil di 'Farmville' di facebook.

kadang2 bangun pagi ada rasa teringin nak jadi nelayan

