Followers

Tuesday, April 9, 2019

Menjelajah Vietnam Utara Part 1 (Trip ke Sa Pa)

Hari ni aku nak cerita berkenaan trip ke Utara Vietnam kali ni. Selalu kalau orang Malaysia melancong ke Vietnam akan pergi Ho Chi Minh City kan? Kebanyakan la. Mungkin atas sebab  lagi dekat dengan Malaysia dan banyak jual kain2 (mak-mak suka la)  Tapi untuk yang minat kepada adventure dan nature aku prefer Hanoi dan bahagian utara Vietnam. Lagi lah cantik2..tapi perjalanan dia agak mencabar berbanding trip2  sebelum ni dengan ada tragedi yang berlaku pada hari terakhir. (nanti cerita di Part 2). 

Untuk kali ni aku akan cerita trip ke Sa Pa dengan menggunakan sleeper train. Masa buat research trip ni tak banyak blog2 bercerita berkenaan perjalanan di Sa Pa. so kali ni nak share sikit untuk rujukan kawan-kawan yang berniat nak pergi nanti.

Sa Pa Valley


Kuala Lumpur - Hanoi

So macam biasa aku akan cuba dapatkan tiket murah. Untuk ke Hanoi ni normally tiket harga dalam RM400 ke RM600 sebab jauh kan. tapi sebab promo dapatlah harga dalam RM290 return flight. Penerbangan ke Hanoi lebih kurang 3 jam 15 minit. Sampai je airport kitorang terus cari bus utk ke town area untuk beli train ke Sa Pa. lebih kurang perjalanan dalam 45 minit gitu la nak sampai town dia.

Hanoi - Sa Pa

Haa sampai je terus pergi Stesen Keretapi Hanoi untuk beli train tiket ke Sa Pa. Untuk pengetahuan sesiapa nak ke Sa Pa melalui Train, tolong alert yang Stesen Keretapi Hanoi ni ada dua. Satu ke selatan dan satu ke Utara (China) jadi untuk ke Sa Pa kena pergi train station yang ke utara. jangan keliru. tapi jarak antara dua stesen tu dekat je. boleh jalan kaki dalam 5 minit dari stesen keretapi Hanoi yang utama. Harga sleeper train dalam lebih kurang RM80. tapi selesa la sebab ada katil, tempat charge, toilet yang ok sikit dari bus. 

 Pilih King Express train untuk trip kali ni. Dalam, train ni ada yang satu bilik dua orang dan ada yang 4 orang. Masa dalam train ni berkongsi bilik dengan warga Vietnam daripada Saigon. dia dah duduk lama lahir dekat vietnam ni pun tk penah pegi lagi Sa Pa.



Sampai awal pagi di Stesen Lao Cai

Train tu tak terus ke Sa Pa tau. dia berhenti di Lao Cai iaitu bandar sempadan dengan China. Nak ke Sa Pa kena naik pulak Van/Bus ambil masa dalam 45 minit. Masa nak cari transport tu pastikan tawar betul2. Orang Vietnam ni kuat Scam dan mark up harga. kena hati-hati.



Sa Pa (Cat Cat Village)

Sampai je Sa Pa letak barang dekat hotel dulu dan terus bergerak ke sebuah perkampungan orang asli Hmong yang sangat la  cantik la bagi aku..nama dia Cat Cat Village. macam kampung elf pun ada aku rasa. . Kalau nak ke kampung kena menuruni ke lembah Cat Cat yang dibentangi oleh Padi bukit dan anak2 sungai dan Air terjun. Memang cantik gila. Bayaran masuk dalam 70,000 dong (RM15). Just nak bagitau kat sini banyak Ba Alif Ba Ya. Diorang bela binatang ni macam bela kucing aja. tapi binatang ni tak kacau kita pun. dia buat hal dia menyondol2 tanah.


Macam dekat Swiss pulak rumah dekat Cat Cat Village ni. Canolla field di akhir musim bunga. acah dan tinggal sikit je. bolehla dari takde

dekat Cat-Cat Village ni banyak kincir air. Taktau diorang nak janakuasa apa.

Antara air terjun di Cat Cat Village. ada banyak air terjun lagi dekat kampung ni.

Antara laluan di Cat Cat village. tepi tu boleh nampak air terjun lagi.


Sa Pa (Silver Waterfall)

Petang tu ada masa sikit terus bergerak ke Silver Waterfall melalui jalan lereng bukit/ Jarak dari bandar Sa Pa ke Silver Waterfall dalam 15 km. boleh la sewa motor dalam lebih kurang RM15-20 untuk sehari. sepanjang perjalanan tu dapat nampakla pemandangan padi bukit dan ladang teh yang amatla cantik memukau. Sampai je kena daki dalam 10-15 minit untuk sampai ke Air terjun ni. tapi serious berbaloi dan sangat cantik air terjun dia.

Lawa gila waterfall ni. tapi mengah jugakla nak sampai atas ni.


Sa Pa (Fansipan Mountain)

Keesokan harinya pagi2 dah bangun untuk ke puncak tertinggi di Indochina iaitu Fansipan Mountain. Nak sampai puncak tu ada 3 medium perjalanan iaitu dari pekan Sa Pa nak ke Stesen Cable Car kena naik Funicular Lepas tu naik Cable Car sampai Stesen tertinggi, lepas tu kena daki 600 anak tangga untuk sampai ke puncak. Harga tiket return Cable Car dan Furnicular sebanyak 750 000 dong. Part yang paling tak larat bila nak daki 600 anak tangga dalam cuaca yang teramat sejuk atas awan untuk sampai ke puncak. menggigil teruk naik tangga.

Acah2 tak sejuk je baju selapis tu.. sebenarnya sejuk gila atas ni. berkabus atas awan

Sampai juga puncak tertinggi di Indochina, Gunung Fansipan dengan ketinggian 3143 meter.



Sa Pa - Hanoi

Dari Sa Pa ke Hanoi kali ni nak try menggunakan sleeper bus pulak. Harga dalam lebih kurang 280 000 dong (RM50). Masa perjalanan menggunakan bas lebih pendek berbanding train dalam 5 jam sahaja. tapi kalau trip malam prefer naik train la. naik bas macam bahaya dan penat. Sepanjang perjalanan ke Hanoi dari Sa Pa dapatla tengok pemandangan teres2 padi dan teh yang amat scenic.

ni la sleeper bus tu. nak masuk dalam ni kena bukak kasut. memang selesa la bas ni siap ada wifi lagi dan laju.


Tips

Makanan

Dekat Hanoi dengan Sa Pa ni susah sikit nak cari makanan halal. Tapi masih ada la kalau nak. Kalau di Hanoi boleh pergi di Masjid An Noor.Memandangkan susah cari tempat solat di Hanoi boleh la solat jama' skali dekat situ. sebelah dia ada tempat makanan halal. Tak pun pergi je Cosiana Hotel Hanoi pun halal. Kalau di Sa Pa boleh try Cosiana Hotel Sa Pa. Nasi lemak ada nasi goreng ada. Tapi aku pilih rusa masak 5 rasa.hahaha..lagi satu beli la pek Brahim banyak2. kalau nak murah boleh pergi di Kilang Brahim di Bangi. Harga normal RM15 boleh dapat RM8.

Train Ticket to Sa Pa

Yang ni boleh beli online je.dekat easybook.com pun ada. Tapi kitorang beli dekat counter sbb takut beli awal  nnti masa lari. Train ke Sa Pa ada waktu malam dan siang. tapi kalau nak jimat masa dan duit ambil yang malam la sebab boleh tido skali dalam tu selesa. Train gerak antara pukul 9.30 malam atau 10.00 malam. sampai dalam lebih kurang pukul 6 pagi waktu vietnam di Stesen Lao Cai.

Hotel

Hotel aku syorkan Sa Pa Vista Hotel. Kenapa pilih hotel tu? Pertama  sebab lokasi dia dekat dengan Cat Cat Village so tak susah korang nak gerak pagi. Kedua sebab dia outskirt sikit pekan Sa Pa. Pekan dia agak berhabuk dengan kerja2 pembinaan dan kelam kabut. nanti spoilt je mood travel dgn debu2 tanah. so better pilih hotel yang tenang sikit. Ketiga harga dia agak murah. untuk bilik bertiga harga hanya RM150+ satu malam tapi bilik sangat2 selesa, besar, bersih dan yang paling penting balkoni mengadap Sa Pa Valley.

Pembelian tiket bas balik Hanoi/Cable Car/ Motor

Tiket dia boleh beli di Counter Hotel je. diorang yang uruskan. sama jugak dengan nak sewa motor, beli tiket bas bali pun melalui receptionist je.



Untuk bahagian kedua perjalanan ke Ninh Binh akan bersambung di Menjelajah Vietnam Utara Part 2 (Trip ke Ninh Binh) nanti. Ada tragedi yang mengerikan berlaku.. hehe..















2 comments:

serpzen said...

As a blogger. we must always learn and reading quality post. like this one advertorial blogger isn't?

Fatimahabdulaziz45@gmail.com said...

Jelas Dan terperinci.tq