Sebagai kesinambungan bagi Menjelajah Vietnam Utara Part 1 (Trip ke Sa Pa) kali ni nak ceritakan pengalaman ke kawasan pergunungan di Ninh Binh pula. Secara ringkas Ninh Binh terletak 92 km di Selatan Hanoi. Lebih dikenali sebagai 'Halong Bay' darat kerana bentuk muka buminya yang seakan berada di Halong Bay malah dikatakan lebih cantik lagi. Kalau pergi sini One day trip dah cukup boleh cover banyak tempat. Dengan bayaran bas sebanyak 320 000 dong (RM60) untuk return bas trip dari Hanoi. Nak sampai sini lebih kurang 2-3 jam jugak la. Ok ni nak cerita pengalaman tragedi yang berlaku kat sini.
Rice Field in Ninh Binh
Tragedi di Ninh Binh
Masa sampai2 je Ninh Binh terus sewa motor la untuk pergi ke destinasi pertama iaitu Hang Mua (The Lying Dragon Mountain). Dalam perjalanan tu lalulah satu bulatan besar. tiba2 di bulatan besar tu tayar motor tergelincir atas kawasan jalanraya yang berpasir. Motor terbalik dan memang jadi superman tercampak atas jalan time tu. Nasib laa takde kenderaan time tu. abes tangan dan kaki luka2 tergeser dengan tar dan pasir jalan. Termenung lama tepi jalan time tu.
Sakit woo
ni lah bulatan tempat kejadian tu. tengok pasir dia mcmana.
Lepas tu slow2 angkat motor dan pergi cuci luka dan balut pakai plaster banyak2 di pam minyak. kalau ikutkan hati memang dah nak stop balik je tapi ntah tetibe rasa kalau tak pergi tempat2 yang nak pergi tu memang takkan pergi lagi. So gagahkan diri pergi Hang Mua untuk mendaki. ye mendaki lepas accident. taktau kenapa gigih sangat walau dah luka2.
Hang Mua (The Lying Dragon Mountain)
Berbekalkan kudrat yang ada (masa tu rasa dah ok sikit lepas relax dekat pam minyak) gigihla memulakan pendakian Hang Mua yang mendaki beratus2 anak tangga macam cerita kungfu panda tu. bayaran masuk tak silap 100 000 dong gitu. Dari atas ni sayup mata memandang sawah padi dan sungai. boleh nampak sampan2 lalu antara sungai tu. memang cantik gila. tak sia2 jadi gigih. rasa baik jap luka tu bila nampak pemandangan dia.
Walaupun pelbagai halangan sampai jugak dekat puncak ni. teringat cerita kungfu panda semasa Po nak daki bukit termengah2. Haa sama lah aku macam Po time tu.
Sawah padi terbentang luas di belakang. boleh nampak sampan2 kecil kat sungai tu. haa kejap lagi nak naik sampan tu pulak.
Tam Coc Valley
Oleh sebab kesuntukan masa lepas je daki terus je ke Tam Coc Valley untuk naik sampan lalu tepi sawah padi tu. dengan bayaran masuk 160 000 + 120 000 dong tu agak mahal jugak la lebih kurang RM50 untuk satu jam stengah cruise. tapi kalau tak naik memang takkan merasa lagi la. Tapiii bila dah naik.. seriously rasa berbaloi yang amat2. Sambil angin2 sepoi bahasa waktu petang matahari yang tak panas sangat time di hidangkan dengan pemandangan sawah padi dan gunung2.. sesungguhnya ianya merupakan suatu pengalaman yg takkan dilupakan la. Nak2 lepas accident dan penat panjat gunung tadi.
makcik ni slamba dayung pakai kaki je. hebat2..
layan la lepas penat2 dan accident tadi baru boleh tenang.cover luka tangan seblah tu. haha
Dah settle cruise cepat2 naik kejar bas yang dah jalan. ye bas dah jalan cepat2 tahan depan bas tu. memang nasib la. Masa dalam bas tu mat salleh2 dalam tu semua tanya awat luka camtu. concern jugak la diorang ni. Lepas 3 jam (sebab jem) dalam bas sampailah akhirnya ke Hanoi untuk pergi farmasi beli2 apa yang patut dan balik ke bilik untuk buat dressing kat luka2 tu.
Keesokkan paginya awal pagi cari Grab terus ke Airport dan pulang ke kampung halaman Malaysia tercinta. Alhamdulillah selamat sampai dan terus ke Klinik utk buat Dressing.
'The most Adventurous Trip Ever'
Ye sepanjang trip aku ke 10 negara inilah yang paling adventure sekali. Dari tido dekat train, naik gunung panjat bukit, naik sleeper bus, naik sampan, accident motor, nyaris terlanggar babi dalam semak, hampir kena scam dan lain2. Tapi pengalaman2 ni lah yang buat aku untuk lebih menghargai hidup dengan apa yang aku ada sekarang dan jugak mengajar aku untuk keluar dari keselesaan dan kebiasaan hidup hari2. Trip survivor dan antara trip yang terbest pernah pergi dan layak untuk mendapat nama 'The Most Adventurous Trip Ever'.
Serik jugakla nak naik motor dekat luar negara lagi lepas ni.haha
No comments:
Post a Comment