Kalau korang dengar melancong ke Brunei mesti korang ingat hambarkan? tapi trip kali ini mengubah tanggapan aku pada Brunei. Seriously pada awalnya tak plan pun trip ni. Tapi oleh kerana Airasia buat promo tiket ke Labuan dengan harga RM15 sahaja, jadi apa lagi tanpa fikir panjang terus call member grab terus tiket.
Memang sebelum ni orang slalu cakap Brunei takde apa yang menarik. So aku memang tak expect apa2 la untuk trip kali ni. ye lah sebab tiket pun murah kan. Tapi seriously tak macam aku sangka. Brunei ni best sebenarnya. Cuma tak banyak orang highlightkan sangat di blog2 dan di media sosial. Susah juga nak cari info di internet berbanding tempat lain di Asia Tenggara ni. So dengan penulisan aku ni harap dapatlah bantu sikit beri info untuk yang berniat pergi ke Brunei melalui jalan air ni.
Kuala Lumpur ke Labuan
Flight dari KL ke Labuan kira-kira dalam dua jam setengah. lebih kurang mcm kita pergi Kota Kinabalu la cuma dekat sikit je. Sampai2 Airport dalam pukul 9 malam dan kami bermalam di Premierz Hotel di Brunei. Kos satu malam untuk seorang dalam RM40 sahaja. So ada masa sikit malam tu kami jalan2 di Sekitar Pantai Tanjung Purun untuk tengok kapal2 pada waktu malam.
Labuan ke Jeti Serasa, Brunei
Untuk ke Brunei melalui jalan laut kami pilih untuk naik feri. Tambang Feri pula sebanyak RM37.50 sahaja untuk ke Jeti Serasa. Kami beli secara online di easybook.com sebab takut la kan tiket habis. Untuk makluman Ferry daripada Labuan ada pukul 1.30 petang dan 4.30 petang jadi kami pilih untuk trip 1.30 petang. Cumanya kalau beli tiket online tu nanti kena collect tiket dekat easybook punya kaunter dekat terminal tu. Kitorang sebenarnya nyaris ditipu untuk bayar service fee masa nak collect tiket tu. dia minta lagi RM18. Tapi sebab tak puas hati terus call easybook dan diorang confirmkan sebenarnya takde service fee.
Sepanjang satu jam perjalanan dalam Feri tu lalui banyak pelantar minyak dan lalu celah2 kapal2 besar. memang teruja lah time tu sebab first time tengok pelantar minyak depan mata. slalu tengok kat tv je kan.
Dari Jeti Serasa ke Bandar Seri Begawan pula kalau ikut plan awal nak naik bas (harga tambang lebih kurang BD1) dan kena jalan kaki hampir 2 KM ke bandar muara untuk ke bustop. Tapi sebab ada saudara offer kami untuk pick up. so mudahla perjalanan kami. Untuk pengetahuan public transport kat Brunei ni memang susah sikit sebab hampir kebanyakan rakyat Brunei ada kereta sendiri dan minyak pun murah kan.
Bandar Seri Begawan
Setelah sampai Bandar Seri Begawan kami tidur di Hotel Le Gallery Suite dengan harga untuk satu malam adalah RM70 untuk seorang. Kami pilih hotel ni sebab memang dekat gila dengan Main Tourist Area (Masjid Omar Ali Saifuddin) dan dalamnya sangat selesa siap ada ruang tamu bagai lagi bilik dia. Sampai je malam tu kami ronda town sempat juga solat Maghrib dan Isyak di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin.
Masjid Omar Ali Saifuddin pada waktu malam, kubah atas tu diselaputi dengan emas tulen ok.
Esok awal pagi kami bangun untuk tengok Pesta Kemerdekaan Brunei. Kebetulan pula kan pergi sini masa diorang punya National Day. dan yang paling best kami dapat berjumpa dengan Sultan Brunei depan mata! Since public holiday, jalan2 di Bandar Seri Begawan ditutup untuk kenderaan bermotor untuk memberi laluan kepada pejalan kaki.
Untuk ke masjid ni ada laluan khas di kanan masjid. fav spot untuk orang ambil gambar.
Ni satu lagi Masjid yang cantik dekat Bandar Seri Begawan, Masjid Jamek Hasannal Bolkiah. dalam dia cantik gila tapi tk boleh ambil gambar kat bahagian solat dia.
Ni Royal Regalia Brunei di Bandar Seri Begawan juga. Nak sampai sini jalan kaki je dari Masjid Omar Ali Saifuddin. Semua jalan kaki je.
satu lagi tempat yang wajib datang kalau datang Brunei ni adalah Kampung Ayer. Penempatan atas air antara yang terbesar di dunia katanya dan nak sampai sini boleh naik boat dengan bayaran BD1 sahaja sehala. Kat kampung air ni sekolah ke kedai ke masjid ke semua atas air. tu bangunan warna kuning dalam gambar tu sekolah ye.
Pada waktu petang pula kami dibawa ke Hotel Empire di tepi laut Brunei. Katanya sunset disini antara yang tercantik la. memang tak dapat disangkal lagi cantik yang amat macam gambar kat bawah ni.
Cantik kan?
lepak sini sambil ambil angin sambil makan cendol Brunei
Kami sempat juga dibawa ke Pasar Malam Gadong. kat sini boleh la jumpe makanan Melayu Brunei. Sedikit berbeza dengan makanan di Semenanjung. Ada yang sama tapi dari segi nama je berbeza. Contoh di Brunei panggil Apam Balik sebagai Kuih Malaya. Pulut panggang dipanggil Kelupis. Buah yang tak jumpe di semenanjung pun ada kat sini. Waktu malam pula kami dibawa ke rumah saudara untuk disajikan dengan makanan traditional masyarakat Borneo Utara.
Kena gulung2 dulu nak makan benda ni. tergelak je orang Brunei tengok cara aku makan.
Bandar Seri Begawan ke Labuan
Keesokkan pagi kami bangun awal untuk berkejarkan Feri pukul 8.30 pagi ke Labuan. nasib kami baik sebab ada saudara yang hantar ke Jetty Serasa. Kalau tak kena naik bas la kami sampai ke Pekan Muara lepastu kena jalan kaki 2km pulak tu. Sejam dalam Feri tu memang sambung tidur la. Harga tiket dari Jetty Serasa ke Labuan dalam RM76 lebih kurang. Mahal dua kali ganda daripada trip dari Labuan ke Jetty Serasa.
Pulau Papan, Labuan
Hah ni lagi satu trip yang unexpected bagi aku. Trip to Pulau Papan. Sampai je Jetty Labuan kami terus naik Grab ke Marina Labuan. Dalam Marina Labuan ni memang kosong dan takde orang. Konfius jap. nasib baik ada sorang makcik kat sini bagi nombor untuk boat ke Pulau Papan. Dengan bayaran sebanyak RM25 seorang (biasa aku dengar orang bayar RM40) dapat la naik boat return trip ke Pulau Papan ni. Pulau ni memang belum mainstream lagi dan tak banyak orang post. Kami hanyalah the only tourist yang datang pulau tu ketika itu.
Sepanjang naik boat tu akan lalu celah2 kapal besar. memang melompat2 dalam boat tu kena ombak. tapi nasib baik 10 minit je. Sampai di Jetty Pulau Papan masyaallah terpesona tengok kejernihan air dia. Dah la tak ramai orang. Kitorang sempat explore sampai belakang pulau lagi.
dah la cantik, tak ramai orang pulak tu. aman damai je kat sini.
Seriously kalau korang gi Labuan takde apa nak buat boleh pergi pulau ni. sangat2 puas hati weh.
Pulang ke Kuala Lumpur
Settle mandi dan berehat di Pulau kitorang kembali ke Labuan Town beli la Chocolate dan cenderahati. sebab Labuan ni Duti Free. dan of course lah kalau sampai Labuan ni mesti pergi Shopping Kompleks Ujana Kewangan. itu je lah kot tempat best nak shopping. haha. ada juga kedai2 lain dekat area depan2 Jetty International Labuan tu. Sementara tunggu flight kami lepas tepi pantai makan2. dan tepat jam 9.10 malam kami berangkat ke Kuala Lumpur.
Sekian sudah trip ke Brunei dan Labuan. Dengan trip ke labuan ini maka lengkaplah seluruh negeri/wilayah di Malaysia ni aku dah pergi dan Brunei pula bagi aku sangat best kalau dapat kenal dengan orang tempatan sebab diorang lagi tau tempat2 best untuk di bawa. Brunei tak hambar ok. bagi aku sangat best terutamanya hospitality orang2 Brunei.
KOS BASIC ke Brunei (tak termasuk pulau papan dan makan kena tambah RM25):
Ticket: RM15 + RM15 + RM10 (Cukai) = RM40
Hotel: RM 40 (Labuan 1 malam) + RM140 (Brunei 2 malam) = RM180
Ferry: RM 37 + RM 76 = RM 113
Bas: RM 10
Total: RM 343
6 comments:
Salam...sy nak no boat pulau papan bole..sy plan nak pergi 29julai ni
Tolong yer..dgn ticket pergi Labuan Dari serasa beli kt mana
Nak tnya sikit dari jeti serasa ke Bandar seri begawan ble request Grab tak?
Salam.. nk ty.. internet mcm mana? Guna simkad brunei atau roaming..
Assalamualaikum..sy nk tnya.. Dr feri labuan ke brunei.. Procedure di imegresen sama ye spt di airport?
Salam... Premier Hotel tu dkt tak dgn jeti
Post a Comment