Followers

Wednesday, November 21, 2018

Road to Japan part 2: Kyoto

Sebagai kesinambungan kepada post aku yang ni Road to Japan part 1: Osaka, Wakayama dan Nara perjalanan seterusnya adalah tempat yang wajib dilawati ketika di Jepun iaitu badan traditional Kyoto!. Kitaorang bergerak daripada stesen Shin Osaka menaiki Bullet Train (Shinkansen) untuk ke Kyoto Station. Seterusnya aku akan ceritakan seperti gambar di bawah. Untuk perjalanan di Kyoto ni kitaorang banyak menaiki bas berbanding train. setiap hari  mengambil one day pass sebanyak 600 yen sehari. Lebih berbaloi daripada bayar tiap kali naik bas.

Day 5: Arashiyama, Gionn, Kiyomizu-Dera

Pagi2 lagi kami dah bangun daripada tempat penginapan di Haruya Hostel Kyoto. untuk bergerak ke Arashiyama. Tempat ni terkenal dengan Bamboo Forest yang selalu orang ambil gambar tu. tapi kitorang pilih untuk pergi juga di Katsura River yang cantik yang amat!.



Cantik kan? Katsura River di Arashiyama. Air dia warna Turqoise diselangi dengan daun pokok Momoji yang kemerahan. Pemandangan memang memukau!


Dekat Katsura River ni boleh naik sampan dia.


Tempat wajib ambil gambar kalau pergi Jepun. Arashiyama Bamboo Forest. Bagi saya tempat ni overated dan ramai orang. susah nak ambil gambar.


Seterusnya kami bertolak ke Gionn untuk memcari Geisha. Kalau ikutkan orang kata Geisha ni susah nak jumpe dekat Japan. Tapi nasib kami sangat baik boleh terserempak dengan diorang dan siap bagi ambil gambar lagi! Di Gion kitorang makan tengah hari di Kyoto Naritaya Ramen kedai halal. kat sini penuh rakyat Malaysia.


Lepas makan kami gerak terus naik bas ke Kiyomizu-dera Temple yang jaraknya hanya satu stesen daripada Gionn. Hajatnya nak tengokla Temple ni masa Autumn yang dikatakan antara tercantik di Jepun. Tapiii..under renovation pulak sampai tahun 2020. So kitorang jalan2 je la area sini. Kalau tak renovate, gambar dia mcm kat bawah ni.


Nangis tak dpt ambil gambar mcm ni.



Walau macamana pun dapatla jugak ambil gambar Autumn yang merah dekat tempat ni. and yes sangat cantik!



Merah je mana2 pergi kat sini penuh dengan daun Momoji.



Dekat Kiyomizu-dera ni lah satu2nya boleh Jumpa Sutabakusu (Starbuck) versi Japan. memang rare!

Day 6: Fushimi Inari Taisha dan Tofoku-ji Temple

Pada hari terakhir kami sebelum balik pada flight 10 malam, kami jalan2 dulu untuk melihat tiang tori yang terkenal di Fushimi Inari Taisha. Nak sampai sini kena mendaki sikit yang gunung Inari ni. kalau gigih boleh la sampai atas, kalau tak separuh pun dah ok.

Tori Gates Inari yang sangat cantik!


Tudiaa cantik gila kan? ada 1000 tiang Tori kena lalui untuk sampai ke puncak.


Kat sini ada tiang besar ada tiang kecik.


Seterusnya kami jalan kaki daripada Fushimi Inari ni untuk ke Tofokuji Temple yang femes dengan Autumn leaves tercantik dekat Kyoto ni. 20-30 Minit jalan kaki. penat la jugak kaki tu oii.



Ni la dia Tokofuji Temple tu. Kalau nak tengok Architecture orang Jepun zaman edo dulu boleh la datang sini. memang cantik!


Tudiaa Autumn Leaves kat sini serious lawa yang amat. paling lawa la sepanjang trip kat jepun ni. nak masuk kena bayar dalam 400 yen tak silap.


Nindia Daun momoji yang femes tu!


Seriously pemandangan yang sangat memukau disini.


Puas hati masuk sini!

Dah petang tu kami balik ke Kyoto Station balik dan terus ke Kansai Airport. Sedih woo nak tinggalkan Japan, sambil dalam train ke Airport menikmati sunset terakhir di Japan. hahaha..


Kesimpulannya trip kejepun ni memang lain daripada trip2 sebelum ni. Orang jepun sangat teratur dan beradab. Even mereka tak faham bahasa Inggeris, mereka berusaha untuk terangkan dekat kita. dan muka penuh dengan senyuman je. Meh saya kongsi serba sedikit tips travel di jepun ni:-

 Makanan

Nak cari makanan halal memang susah di Jepun. Kena rujuk Laman-2 web halal Japan untuk rujukan sebab kebanyakan makanan dia ada lemak bab*. so memang banyak makan  onigiri je la berunsur ikan dekat sini. Makan standard RM40-60 normal skali makan.so memang banyak makan Onigiri tuna je la dekat 7 eleven dan Family Mart diorang. Boleh la pergi restoran halal seperti Ayam-ya Osaka, Naritaya Ramen Osaka, Naritaya Kyoto. Kebanyakannya kitorang masak sendiri beli Brahim banyak2.

Pengangkutan

Kalau dalam city Osaka dicadangkan ambil Osaka Amazing Pass sbb lagi jimat tapi kalau nak pergi tempat lain seperti Nara, Kyoto dan Wakayama dicadangkan ambil JR pass la lagi murah. dan ada station yang tak ada tulis bahasa inggeris so kena rajin bertanya. sebab contohnya di Shinkansen memang takde papan tanda bahasa Inggeris. Kalau tak tanya memang sesat jalan la. Jangan takut orang jepun baik2 untuk terangkan pada korang even bahasa isyarat je kadang2.

Penginapan

Sewaktu di Osaka kami menginap di Khaosan World Namba. Ala2 tido dalam hostel la tapi macam style capsule hotel juga. ada dapur la untuk masak. dekat juga dengan Dotonburi. tapi next time kalau pergi nak duduk area Tennoji atau Shin Imamiya lagi mudah untuk berjalan sbb tengah2. di Kyoto pula kitorang nak merasa rumah tradisional Jepun jadi kami pilih Haruya Aqua yang berusia lebih seratus tahun. Authentic sangat hostel tu.

Ticket Flight

Kalau nak murah beli la awal masa Airasia buat promotion. kitorg dapat murah kot dalam RM600-RM800 je ticket masa beli. so boleh jimat dekat benda lain.

Cenderamata

Dekat Jepun ni memang cenderamata dia mahal teruk. Keychain je sampai RM30. so kena pandai cari. Dekat Don Quijote byk murah. Jam Gshock memang terbaik harga kat sini. Wajib beli!

Musim

Kena study sikit nak pergi jepun musim apa. kalau musim sejuk alamatnya waktu siang pendek la. even autumn matahari tenggelam pukul 5 apalagi Winter kan? so plan betul2.


So begitula sedikit sebanyak untuk trip kali ni. terima kasih kerana membaca!



No comments: