Followers

Wednesday, November 21, 2018

Road to Japan part 1: Osaka, Wakayama dan Nara


Setelah setahun lebih merancang, akhirnya impian untuk menjejak kaki ke bumi Shogun tercapai la jugak. Kebetulan tahun lepas airasia buat promosi ticket return ke Japan dalam harga RM600 lebih je so apa lagi memang grab la kan. Untuk trip kali ini saya memilih musim luruh iaitu pada pertengahan November sehingga hujung November. Anggaran kos keseluruhan ke Japan kali ini adalah lebih kurang RM3000 termasuk flight tiket. Ok jom saya cerita pengalaman saya. 

Day 1: Universal Studio Japan

Oleh kerana saya peminat tegar kepada Series of Harry Potter sejak dari bangku sekolah lagi, saya memilih untuk ke USJ untuk merasai sendiri pengalaman di 'Wizarding World of Harry Potter'. Entrance masuk ke USJ kali ni adalah sebanyak RM290. selain itu banyak lagi taman2 tema lain seperti Jurasic Park, Minion, Underwaterworld, Spiderman dan mcm2 lagi. Tapi saya banyak habiskan masa di Wizarding World of Harry Potter. Ok biar gambar yang menceritakan. Jom!


Tudia Hogwarts tesergam indah dibalik tasik cermin. Alhamdulillah saya sampai pada cuaca yang cerah. memang cantik!


Nak balik asrama naik Hogwarts Express je.


Ayuh kembali ke sekolah! Kelas professor Slughorn dah menunggu ni!


Kalau sampai sini wajib try ni. Butterbeer halal. yang kecik dalam 800 yen yang besar dalam 1100 yen.


Nak beli wand kejap dekat kedai pembuat Wand Mr Olivanders. Untung2 dapat wand daripada ekor Phoenix!

Kereta yang Ron naik di babak Harry Potter and the Chamber of Secret.

Kalau pergi ke Wizarding World of Harry Potter ni dinasihatkan sampai awal pagi sebab kalau tak nak kena beratur panjang. Nasib kami kira baik sebab beratur dalam 45 minit je ada yang sampai dua jam beratur. tapi ride dia memang berbaloi.


Day 2: Osaka City Tour

Untuk perjalanan hari kedua pula, kitorang guna Osaka Amazing Pass untuk jalan2 di bandar Osaka. dengan adanya Amazing Pass ni semua train (selain JR) kira free dan banyak entrance masuk jugak free. so dicadangkan kalau nak pergi City Tour beli la pass ni. 



Osaka Castle ditengah2 bandar Osaka. kalau pergi Osaka tak lengkap tak ambil gambar dekat sini.


House and Living Museum, Osaka. kat sini boleh sewa kimono/yukata dengan harga yang lagi murah berbanding tempat lain. boleh tengok juga adat istiadat perumahan di japan di zaman Edo.


Umeda Sky Bulding, nak sampai sini kena jalan jauh sikit ke Umeda. Boleh tengok Keseluruhan bandar osaka daripada sini. saya suka dia punya escalator yang lalu tiang loop untuk sampai ke atas.




The highest Ferris Wheel in the World. Masuk sini free je guna Osaka Amazing Pass tapi atas tu cuak la weii tinggi sangat2.

Lepas tu kitorang gerak ke Dotonburi untuk tengok suasana malam di Osaka. memang pack la orang kat sini tak kira hari weekend ke tak.

Day 3: Wakayama Prefecture

Hari ketiga kami decide untuk pergi ke Selatan Osaka melawat daerah Wakayama. Tempat ni kira belum mainstream lagi bagi pelancong tapi seriously cantik sebab dia tepi laut. Kat sini ada Blue Fin Tuna Market, Natural Onsen dan juga Porto Europa. 


So inilah dia Kuroshio Onsen yang terkenal tu. Memang dari dulu dalam list nak merasa pergi Onsen di Japan. Cuma paham2 je la kan onsen ni macam mana nak masuk dia. hahah. Tapi memang best mandi dekat natural Hotspring ni dalam suhu yang sejuk 10 darjah Celcius. ditambah dengan angin laut. fuh. terbaik.


So inilah dia Porto Europa di Wakayama Marina City ni. memang bangunan di sini ala2 di Portugal dan Spain. Cantik sangat!


Tetiba teringat babak cerita Ursopadora pulak. haha. nak sampai sini kami naik train daripada Namba sampai Wakayama City lepas tu naik bas untuk ke Marina City ni.


When i was in Rome. Tetibe.

Day 4: Nara Park

Untuk hari seterusnya kami kemas2 barang dari Hotel Khaosan World Namba untuk bermalam untuk 3 hari di Kyoto. sementara tu kami singgah kejap Nara Park untuk melihat rusa.



Rusa kat sini jinak2 belaka dan dibiarkan bebas. kalau kita bagi makan dekat diorang diorang akan tunduk dulu. dah macam rakyat jepun pulak!

Seterusnya kami pergi ke kedai Mochi dan bergerak terus ke Kyoto. Sebelum tu kami tinggalkan beg kami dekat hotel untuk memudahkan perjalanan. so bila nak gerak ke Kyoto tu just grab balik beg terus ke stesyen Shin Osaka untuk naik Shinkansen!


Tudia Shinkansen ( Bullet Train) di Jepun. Laju gila naik benda alah ni. ticket dia mahal sikit tapi worth it la untuk pengalaman.

Ok untuk perjalanan seterusnya di Kyoto saya akan sambung di bahagian kedua seperti link di bawah:

No comments: