followers

Tuesday, April 25, 2017

Lelaki ini mengajak anda mengembara selama 10 hari di New Zealand!


Antara impian saya ketika berada di bangku sekolah lagi adalah untuk menjejakkan kaki ke Bumi "Middle Earth" atau "Narnia" ini. Terpegun dengan kehebatan the Lonely Mountain, Rivendale dan Minas Tirith daripada Trilogi Lord of The Ring, akhirnya pada 7 April 2017 saya memulakan langkah dengan mengambil penerbangan ke Sydney dan menyambung penerbangan ke Christchurch, New Zealand!

Dalam masa enam bulan pertama sebelum berangkat saya membuat sedikit bacaan berkenaan bumi kiwi ini. Saya memilih musim luruh kerana cuaca pada musim ini dikatakan yang paling tenang dan kurang pelancong berbanding musim panas, lebih sesuai untuk aktiviti hiking dan kurang hujan berbanding musim bunga. Tarikh pada 7-21 April juga merupakan waktu paling baik untuk melihat daun-daun menjadi oren keemasan di daerah-daerah tanah tinggi seperti Otago dan Southland. 

 Ayuh! Mari saya bawa anda berjalan-jalan ke Bumi Kiwi ini. Kia Ora!



Daripada bandar Christchurch ke Mt Cook, saya singgah sebentar di Lake Tekapo. Pertama kali merasa air tasik hasil daripada pencarian Glacier. Sangat sejuk!





Laluan daripada lake Pukaki ke Mt Cook National Park melintasi jalan pergunungan yang sangat indah seperti wallpaper desktop di rumah saya!  Berbaring di atas jalan sambil memikirkan "Aoraki memanggil saya!"



Jambatan gantung menuju ke Hooker Valley, Aoraki. Ketika ini suhu sudah mula mencecah 7 darjah celcius menusuk ke tulang.  Ketika ini saya terfikir bagaimanalah kalau saya datang pada musim sejuk. 




















Antara trek yang saya gemari ketika di New Zealand, Hooker Valley Track. Mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai di puncak yang terletaknya Hooker Lake.



 


Akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki ke Tasik Glacier ini. Hooker lake! Suhu ketika ini mungkin antara 1 sehingga 3 darjah celcius. Tangan dan telinga dah mula kebas. Nasib saya baik kerana tidak hujan ketika ini.


 



Ais Glacier yang terdapat di Hooker Lake. Misi saya tercapai untuk memegang Glacier di pergunungan Cook!

Setelah 2 malam di Mt Cook, saya meneruskan perjalanan saya ke Lake Wanaka dan Arrowtown yang terkenal dengan pemandangan musim luruh yang menakjubkan.



 



Saya mengambil angin pagi di Lake Wanaka ini dengan menikmati angin sejuk musim luruh yang bertiup dari arah Alphine National Park.


 



Pokok paling terkenal di seluruh New Zealand ini berada di Lake Wanaka. The Lonely Tree of Wanaka!





Pemandangan ketika memanjat Roy's Peak Di sini saya terjumpa banyak arnab liar dalam pendakian saya. Roy's Peak hanya 5 km sahaja daripada bandar Wanaka.

Saya bermalam di bandar Wanaka selama satu hari dan mengambil keputusan untuk ke Queenstown dan melihat keindahan Glenorchy. Khabarnya disitulah pengambaran 'the Fellowship of the Ring' diambil.


 



 Jetty Glenorchy, jetty yang terkenal ketika pengambaran Frodo dikejar tentera Nazgul sebelum sampai ke Rivendale.


 



Rumah merah yang terkenal di Glenorchy ini hanyalah tempat untuk menyimpan peralatan boat.

Setelah bermalam di Queenstown saya menyambung perjalanan ke Milford Sound untuk menaiki River Cruise.


 



Cuaca tidak begitu mengizinkan ketika saya berada di Milford Sound. Banjaran Fiordland ini ditutupi dengan kabus tebal. Namun ada pengalaman yang menarik disini dimana saya 'dimandikan' dengan Air Terjun Glacier!


 



Air terjun inilah yang telah memandikan saya dengan deruan yang cukup kuat. Ketika ini Boat Cruise saya betul2 berhenti di bawah air terjun dan saya antara salah seorang pengunjung yang tidak sempat masuk ke dalam boat untuk menyelamatkan diri. Akibatnya habis basah dan kesejukan menahan suhu yang pada ketika itu adalah 9 darjah celcius.

Milford sound terkenal dengan puluhan air terjun semulajadi daripada Glacier yang mengalir terus ke laut. Disinilah dikatakan 'Fresh Water' daripada Pergunungan Fiordland bertemu dengan air laut Tasman.

Dalam perjalanan pulang ke pekan Te Anau saya singgah di Trek Lake Marian yang mengambil masa 5 jam pendakian!


 



Antara trek yang saya lalui ketika di trek Lake Marian. Suasananya seperti 'Fangorn Forest' di dalam Lord of the Ring. Kalau-kalau saya berpeluang terjumpa dengan encik Treebeard atau the White Wizard dalam hutan berlumut ini.



 



Akhirnya! Lake Marian! Tak sia-sia pendakian saya yang penuh dengan lumpur sebentar tadi. Pemandangan tasik ini bagaikan di alam Fairy tale penuh dengan mistik!


Add caption


Ketika perjalanan trek pulang daripada Marian Lake, saya dihidangi dengan pemandangan ini.


 



Dalam perjalanan pulang ke Te Anau, saya singgah sebentar di 'Mirror Lake'. Sekarang saya baru tahu kenapa tasik ini diberi nama begitu. Nampak awan dalam air tu?

Saya sekali lagi bermalam di Te Anau dan mengambil keputusan untuk menyambung pemanduan pada esok hari ke Dunedin kerana terlampau penat berjalan di trek Lake Marian.


 



Tunnel Beach di Dunedin, hanya 5 km sahaja daripada bandar Dunedin, perjalanan trek ringkas menuruni kawasan tinggi yang mengambil masa hanya setengah jam. Sangat Berbaloi. Topi saya nyaris ditiup oleh angin laut yang kuat!


 



Mujurlah saya 'explore' lebih perkarangan pantai ini. Saya terjumpa satu terowong bawah tanah yang membawa saya ke  gua kecil di bahagian bawah Tunnel Beach ini. Disebalik laut yang luas itu adalah benua Antartika.

Saya tidur semalaman di Bandar Dunedin ini dan meneruskan perjalanan ke Castle Hill dan Athur Pass pada keesokannya.

 



Dalam perjalanan saya ke Christchurch dan Castle Hill, saya singgah sebentar ke Moeraki Beach untuk melihat pantai berbatuan unik berbentuk sfera yang sangat banyak.Nampak tak uniknya pada gambar ini? Saya seperti jatuh dari langit dan terhempas ke batu sfera ini sehingga pecah!

Setiba di Christchurch, saya mengambil keputusan untuk bermalam satu hari di sini dan meneruskan perjalanan ke Castle Hill dan Arthur Pass pada keesokan hari.


 



Ingat lagi ketika peperangan antara tentera King Aslan dan Ice Queen dalam The Chronicle of Narnia: The Lion, the Wardrobe and the Witch? Di sinilah King Aslan menamatkan riwayat Ice Queen dan membawa kemenangan kepada kerajaan Narnia.


 



Di altar ini merupakan tempat persembunyian Frodo dan sekutunya ketika diburu tentera Nazgul sebelum dicucuk dengan pedang beracun Mordor!

Bersambung..

No comments: