Followers

Sunday, November 12, 2017

Pengalaman Wisata Selama 5 Hari di Bumi Lombok!

Teruja dengan melihat keindahan bumi Indonesia di travelog-travelog backpacker, kali ini saya ingin mengajak anda semua menerokai khazanah Pulau Lombok yang berada di Regensi Nusa Tenggara Barat Indonesia. Lebih dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid kerana hampir setiap 500 meter yang saya kunjungi ketika berada di Pekan-Pekan mahupun kota, anda akan terjumpa dengan Masjid. Jadi, ayuh ikut saya ke Pulau Lombok!


Setibanya kami di Bandar Udara Lombok, Supir terus membawa kami ke Kampung Sasak Sade yang merupakan penduduk asal Tanah Lombok ini. Suku Kaum Sasak terkenal dengan budaya kahwin culik. 


Di ‘Pohon Cinta’ di Desa Sasak Sade inilah enjadi tempat pertemuan pasangan bagi pasangan yg bercinta di Kampung ini.Kaum peribumi awal di lombok ini terkenal dengan keunikan di mana sekiranya mahu berkahwin, yang lelaki itu harus menculik perempuan yang ingin dinikahi terlebih dahulu dan dibawa keluar ke Bandar. Perbuatan melamar pula dikira tidak bersopan. Kalau di Lombok ini kalau minat sama perempuannya harus diculik terlebih dahulu. 

Kami kemudiannya meneruskan Perjalanan ke Bahagian Selatan Lombok untuk melihat Bukit teletubies yang paling popular disini, Bukit Merese.


Daripada Bukit ini, seluruh pemandangan pantai Tanjung Ann dapat dilihat.


Pokok paling terkenal di Selatan Lombok ini, Pohon Tunggal di atas Bukit Merese.


Cak!!

Keesokan harinya kami Bergerak ke Pantai Semeti yang jaraknya lebih kurang satu jam daripada Pantai Koeta, Lombok. Jalannya agak sukar sedikit tetapi pemandangan yang dihadiahkan amat lumayan!


Pantai Semeti yang lebih dikenali dengan jolokan ‘Pantai Krypton’ ini terletak Lebih kurang 11 KM dari Kuta Lombok. Jarang didatangi warga pelancong kerana jalan yang agak sukar untuk ke sini. Dipenuhi dengan aquarium alam dan ternyata suasananya seperti di Planet Krypton di Movie terkenal Superman.


Perjalanan menuju ke Pantai Semeti, berbatuan Krypton dan terdapat banyak aquarium alam.

Kami Seterusnya bergerak ke Jeti Bangsal untuk ke Gili Trawangan. Kami memilih untuk menaiki Speed Boat yang harganya dalam Rp 80 000 seorang. Tak sanggup nak tunggu public Boat yang kena tunggu 50 orang baru jalan. Dalam Perjalanan ke Gili Trawangan itu ombaknya amat besar sekali setinggi dua kali boat kami.  Ada juga penumpang yang muntah2 dan berbaring kerana takut boat terbalik. tetapi alhamdulillah sampai juga kami di Gili Trawangan.


Matahari melabuhkan tirainya di Gili Trawangan


Liburan menikmati angin petang yang bertiup lembut dari arah gunung Agung

Keesokan harinya kami bertolak semula ke Jeti Bangsal dan terus menuju ke daerah Utara Lombok iaitu pekan Senaru untuk melihat Air Terjun yang paling cantik di Asia Tenggara. Tiu Kelep!


Sesuai dengan jolokannya ‘Air Terjun tercantik di Asia Tenggara’ Air terjun Tiu Kelep, perjalanan mengambil masa setengah jam daripada Air terjun Sendang Gile. Treknya kelihatan jelas.



Amat berbaloi-baloi untuk hadir ke Air Terjun ini!

Keesokan harinya kami menerokai kawasan Tanah Tinggi di Lombok Utara untuk pemandangan gunung ganang dan kebun-kebun sayuran dan buah-buahan di Desa Sembalun.


Mendaki Bukit Monjet yang seperti ketinggian bukit Broga. Dihiasi dengan sawah padi yang terbentang luas di lembah ini.


Terbang ke langit, dengan pendakian mudah tidak sampai 10 minit dari desa sembalun, boleh ke look out point ini. 


 Hasil petikan Strawberi di kebun Sembalun Lawang lombok




Memetik strawberi di Sembalun Lawang. Tanah tinggi di daerah lombok yang bergunung seperti di New Zealand. Harga nak petik dan makan sekitar Rm3 sahaja seorang!

Setelah penat mendaki Bukit-bukit di Daerah Sembalun ini, kami pulang ke Desa Senaru dan mengidap di penginapan yang wajib dikunjungi ini. Rinjani Lodge!


Menikmati pemandangan berlatar belakangkan gunung rinjani di waktu petang di Rinjani Lodge.

Sebelum pulang ke Bandar Udara Lombok pada keesokan harinya, kami bersiar2 ke Pantai Senggigi dan Kota Mataram untuk membeli Cenderahati.


Bagi rakan-rakan yang pm saya sepanjang 5 hari ini bertanyakan berkenaan itinerari ringkas perjalanan saya di Lombok, saya sertakan di bawah:

Hari Pertama:
-Desa Sasak Sade
-Bukit Merese
-Tanjung Ann
-Pantai Putri Nyale
-Pantai Koeta

Hari kedua:
-Pantai Semeti (krypton beach)
-Jeti Bangsal
-Gili Trawangan

Hari Ketiga: 
-Gili Trawangan
-Senaru
-Air Terjun Sendang Gile
-Air Terjun Tiu Kelep

Hari Keempat (Lombok Utara):
-Sembalun Lawang (lembah gunung)
-Bukit Monjet
-Bukit Tangkok
-Ladang Strawberi Sembalun
-Masjid Kuno Lombok

Hari Kelima:
-Pantai Senggigi
-Masjid Besar Mataram
-Sasaku
-Mataram Mall.


Saya cadangkan sesiapa yg berminat utk ke lombok utk pergi ke bahagian Lombok utara yang jarang dihadiri pengunjung Malaysia. Tempatnya sangatlah cantik dan sejuk!