Followers

Wednesday, March 12, 2014

Trip balik hari ke Kota Singapura

Disebabkan jarak Singapura dengan rumah di Johor Bahru tak sampai 8 km, alang-alang cuti raya ni tetiba tergerak untuk short trip balik hari ke Singapore ini. Kalau dari Johor Bahru memang amat mudah nak gerak ke Sg ni. 

Saya mulakan perjalanan daripada terminal Larkin, hanya bayar tambang bas sebanyak lebih kurang Rm3 je untuk menaiki bas express ke Queens Street/Rochor Road Singapore. Bas akan berhenti di Imigresen dan di sini kita diturunkan untuk proses keluar masuk dan akan menunggu bas baru dr stesen imigresen ini. Sila simpan ticket bas baik2 ya. nanti bila dah turun nak naik balik bas baru kena tunjut ticket yang sama.

Sampai2 di Singapura saya terus ke Masjid paling terkenal di sini, Masjid Sultan! Area masjid ni boleh nampak banyak kedai2 muslim dan Street Art di dinding-dinding bangunan.

Tempat wajib ambil gambar ketika di SG, Marina Bay. Boleh nampak Helix Bridge, Marina Bay Hotel dan Lotus Flower ArtScience Museum


Garden by the Bay, Singapore, Pokoknya seolah-olah seperti pohon dalam crita Avatar.


Jam berbentuk floral di perkarangan Garden by the Bay


Antara titian di 'Cloud Forest' hutan gunung buatan ini ada masa dia akan berkabus. penuh dengan tumbuh-tumbuhan asli di kawasan tanah tinggi. Tapi gayat weh!


Air terjun buatan di Cloud Forest, cantik yang amat.


Oleh kerana balik hari, dalam lebih kurang pukul 6 petang saya sudah pulang semula ke Johor Bahru. memang mudah sebenarnya nak ke Singapore ni. nak2 warga Johor. Inshaallah kalau oneday pulang ke Johor balik akan kerap ke sini.haha.



3 comments:

Anonymous said...

lebih mudah.

i think?

Anasyg said...

dah masuk :)

Time Traveller said...

..................................