Followers

Wednesday, August 1, 2012

Kau Marah aku lagi Marah

Bila barat tuduh kita macam2 berkenaan isu 11 September, rasa panas je hati bila dipanggil pengganas. Ya, siapa tak marah kan? Buat betul2 karang nak?.Kita marah bila dikelaskan sebegitu sekalipun kita tahu kebenaran yang diajar tidak sebegitu. Malah jauh sekali. Bagai langit dengan teras bumi bezanya.



Ini semua timbul dari satu perkara yang memang sejak dari dulu lagi semua masalah dunia datang dari sini:

"Prejudis"


"Berhati-hatilah kamu dengan berprasangka kerana sesungguhnya berprasangka itu adalah sebohong-bohong ucapan".

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Tidak nafikan bahawa susah nak buang tabiat berprasangka atau prejudis ini. Tak payah pergi jauh ke orang barat, dalam sehari kita sendiri pun ada jadi prejudis tanpa kita sengaja. Perkara ni berlaku pada semua orang termasuk aku. Hari tu ternampak seorang yang berbadan besar pakai baju hitam ganas bawak motor laju kat tepi aku macam nak merempit.

 " Ni mesti rempit ni, haram betul, nak pegi rempit la tu! Tak guna!"  

Dan lepas tu  motor tu berenti kat tepi jalan dan aku nampak ada sorang pakcik tua ni kluar surau kat situ dan lelaki yang tadi aku sangkakan rempit tu turun dari motor dan tolong pakcik tua tu naik atas motor dia dan berlalu pergi. Alahai....Baik orangnya...tolong ambil bapak dia baru balik surau lagi..

Nampak bukan kesan prejudis/prasangka dalam kehidupan? Bersalah aku rasa time tu. impak yang besar tu sampai boleh makan diri, bunuh hati kita tanpa kita perasan.

Tak kiralah prasangka dekat individu, bangsa atau agama. asal nama prasangka hasilnya mesti pergaduhan, peperangan. Jadi sampai bila? siapa yang nak hentikan? Parti politik gaduh, Negara berperang, rakan2 jadi musuh. Semua sebab prasangka. 


Muslim Rohingya dibunuh kejam di Myanmar, pergaduhan bermula disebabkan sifat  prasangka

Dan aku fikir ianya tak boleh dijadikan alasan untuk 'menghalalkan' kita untuk menghukum dan membalas balik dengan cara yang sama. jika ada yang berprasangka kita dengan tanggapan yang buruk, seeloknya kita balas la dengan cara yang baik.Kita jelaskan kepada mereka kebenaran yang sebenar    dengan cara yang baik. kalau benar  ada golongan yang betul2 melakukan salah, jangan kita tunding yang lain dengan kesalahan yang sama. Ini yang terjadi dalam setiap pergaduhan bila masing-masing saling menunding.


Dan aku percaya 90% masalah dunia akan selesai sekiranya perasaan prejudis ini dapat dihapus atau dikurangkan..

Ok, maaf dah merepek panjang, waktu bersahur dah hampir tamat dah ni, belum makan lagi.salam



P.S: aku mengecam sekerasnya pembunuhan beramai-ramai puak Rohingya di Myanmar baru-baru ini dan semoga keadilan dapat dituntut secepat mungkin!



9 comments:

inche hlovate said...

kesiannya org muslim kt sne

dilla.d said...

sikap prejudis

dgn menilai org dr luaran itu dah

jadi sebati dgn sikap majoriti yg angkuh dgn pegangan hidup mereka tak kisahla apa bangsa agama pun .

dorg rasa dorg lebih mulia jd senang2 menghukum org sana sini

sedih

Anonymous said...

i dont like perjudis. why so?

Dosh Saleem said...

hlovate: tau tkpe..kenapa la nak dibunuh2.

dilladoodledat: betul tu. tak dinafikan banyak masalah didunia ini berlaku atas punca ini.

Rapunzeel: yeah indeed me too

Diyana Munira said...

Prejudice exists when there is fear and ignorance about things, especially on things that are different to us.

Had to admit, I had some prejudice moments. Bila dah snap out of it tu, I rasa malu gila. I mean, how could I prejudged things without looking into the facts first?

On the other note: Yo Suu Kyi!!!! Girl, where the heck are you and what the heck are you doing? There's crisis in Rohingya. Like really major big crisis. You just got out of house arrest and now is the time to prove yourself. And, don't tell me that you're in on this too cause if you are (which I hope you're not), shame on you!

Man, all these bad things that is currently happening in this world makes me really angry. And, it's not healthy :(

Rawkzell said...

hai Dosh, selamat berpuasa bai .

Dosh Saleem said...

Diyana: yeah, tu la pasal. cuba campak jauh2 prejudis ni haa.haha

jer: awat ko tuka nama? hahah..welcome back bro.

Dkna Abza said...

pemikiran masing2 berbeza.. kalau kita dah set dalam kepala tanggapan -ve, sampai bial pon tetap -ve :)

Awie Omar said...

Salam Ramadhan dari awieomar.blogspot. Baru je follow sini. Nak tak join game top "BLOGGER" musim 3 ? segala yang berkaitan pasal game ni boleh tinjau kat blog untuk musim 1 & 2.

Senang je caranya nak sertai game ni. Follow blog "Awie Omar" (bagi yang belum follow la) dan komen di mana mana entri dengan menyatakan
"SAYA SANGAT MAHU SERTAI BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE"
Johan akan mendapat mendapat ganjaran wang tunai.