followers

Tuesday, August 7, 2012

Batu Hitam dari Syurga

Bila melihat siaran langsung terawikh di Masjidilharam dan terdengar laungan imam membacakan ayat2 Al-Quran terasa sejuk hati dan telinga memecah kesunyian pagi hari ..hahah... Kadang-kadang ada bertanya pada diri "Bilalah nak dapat terawikh dekat sini ye" hahah.. insyaallah ada keizinanNya akan sampai juga.

Melihat keadaan ribuan manusia mengerjakan tawaf mengelilingi kaabah,  terpandang akan kelibat hajarul aswad di penjuru Baitullah. Dan oleh kerana perasaan ingin tahu yang membuak2, maka lantas research pasal batu istimewa tu.

Hajarul Aswad a.k.a Batu Hitam



Asal Usul

Mengikut kajian pakar sejarah Islam, Hajarul Aswad ini berasal dari batuan syurga, 

"Tidak ada sesuatu selain batu itu yang diturunkan dari syurga ke dunia ini"
                                                                   Riwayat Abdullah bin Abbas 

Dan banyak lagi hadith2 dari periwayat hadith lain seperti Sa’id bin Jubair r.a yang menunjukkan bahawa batu ini datangnya daripada syurga. Namun tidak dapat dijumpai informasi yang jelas tentang siapa yang meletakan Hajarul Aswad itu pertama kali ditempatnya samada malaikat atau Nabi Adam a.s. 

Batu ini dikatakan pernah hilang ketika Bah besar di Zaman nabi Nuh a.s dan dijumpai semula oleh Nabi Ibrahim a.s. di Altar Nabi Adam selepas ditunjukkan oleh Malaikat Jibril. Nabi Ibrahim a.s kemudiannya mengarahkan anaknya Nabi Ismail a.s untuk membina Baitullah (Kaabah) di Altar nabi Adam tersebut dan meletakkan Hajarul Aswad didalamnya.

Hajarul Aswad di masa lampau

Dan kemudiannya pada tahun 606 M, Kaabah mengalami kebakaran dan dibina semula. Ketika Hajarul Aswad hendak diletakkan kembali ditempatnya, berlaku perselisihan antara kabilah-kabilah tentang siapa yang paling berhak meletakkan batu itu ditempatnya. Melihat keadaan ini, Abu Umayyah bin Mugirah, sebagai orang yang tertua, mengajukan usul bahawa yang berhak untuk meletakkan Hajar Aswad di tempatnya adalah orang yang pertama sekali memasuki pintu Safa keesokan harinya.

Dengan izin Allah, ternyata orang itu adalah Muhammad yang ketika itu belum menjadi rasul. Dengan demikian, dialah yang paling berhak untuk meletakkan Hajar Aswad itu di tempatnya. Akan tetapi dengan keadilan dan kebijaksanaannya, Muhammad tidak langsung mengangkat Hajar Aswad itu. Baginda melepaskan serbannya dan menghamparkannya di tengah-tengah anggota kabilah yang ada. Hajar Aswad lalu diletakkannya di tengah-tengah serban itu.


Lokasi Hajarul Aswad di kaabah (dipenjuru)

 Baginda kemudian meminta para ketua kabilah untuk memegang seluruh tepi serban dan secara bersama-sama mengangkat serban sampai ke tempat yang dekat dengan tempat diletakkannya Hajar Aswad. Muhammad sendiri memegang batu itu lalu meletakkannya di tempatnya. Tindakan Muhammad ini mendapat penilaian dan penghormatan yang besar dari kalangan ketua kabilah yang berselisih faham ketika itu sehingga beliau digelar Al-Amin.


Ciri-ciri Fizikal Hajarul Aswad


DIkatakan bahawa pada asalnya batu ini putih bagaikan susu dan berkilauan. Menurut riwayat Ibnu Abbas, dahulu Hajar Aswad tidak hanya berwarna putih tetapi juga memancarkan sinar yang berkilauan. Sekiranya Allah s.w.t tidak memadamkan kilauannya, tidak seorang manusia pun yang sanggup mamandangnya. Namun ianya berubah menjadi hitam akibat disentuh oleh orang-orang musyrik sehingga ke hari ini. 


Awalnya, Hajar Aswad tidak dihiasi dengan lingkaran pita perak di sekelilingnya. Lingkaran itu dibuat pada masa-masa berikutnya. Abdullah bin Zubair adalah orang pertama yang memasang lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad, setelah terjadi kebakaran pada Kaabah. Pemasangan pita perak itu dilakukan agar Hajar Aswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pemasangan pita perak berikutnya dilakukan pada 189 H, ketika Sultan Harun ar-Rasyid, Khalifah Uthmaniah (memerintah tahun 786-809 M), melakukan umrah di Masjidil Haram. Ia memerintahkan Ibnu at-Tahnan, seorang pengukir perak terkenal ketika itu, untuk menyempurnakan lingkaran pita perak di sekeliling Hajar Aswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Lingkaran perak di keliling Hajarul Aswad yang telah dibuka

Sungguhpun pelbagai hipotesis yang dikeluarkan oleh pengkaji2 barat, hingga kini, tiada siapa yang benar-benar pasti akan asal sebenar bahan batuan ini, kerana segala kajian yang dilakukan hanya berdasarkan pemerhatian semata-mata. Ianya terus menjadi misteri.

Sunnah Rasullullah


 Mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, Islam menghalang umatnya daripada memuja-muja akan batu ini dan dijadikan tempat bergantung kerana sesungguhnya perbuatan yang bergantung nasib kepada selain Allah dikira sebagai amalan yang syirik. dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:



“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”




Gambar menunjukkan berpusu2 umat islam ingin mencium Hajarul Aswad


Dan seperti kita sedia maklum, nak mencium Hajarul Aswad ni bukannya sesuatu yang mudah. sebab itu sunat mencium Hajarul Aswad selepas melakukan ibadah tawaf bagi mereka yang mampu, bagi yang tidak mampu melakukannya disebabkan ramai orang, maka sunat melambai tangan kanan ke arah Hajarul Aswad itu sebagai ganti menciumnya.


Hajat dihati,  teringin sebenarnya nak bawa ibu dan bapa  menunaikan haji bersama-sama ke sini seawal usia muda ni. Insyaallah kalau ada rezeki dan diizinkanNya. Memang saya nak bawa. Kumpul duit dulu! haha :D


Indahnya Rumah Allah, insyaallah kita akan bertemu nanti.




13 comments:

FaiZaH Fyn said...

info yang bermanfaat! baru tahu hajarul aswad dulu bersinar..insyaAllah ada rezeki bukan hanya anda tapi semua umat Islam akan sampai kesana :)

Diyana Munira said...

Interesting :)

It's been everybody's hopes and dreams to go there, especially to fulfill the fifth pillar of Islam.

Makkah is such a beautiful place and I'm hoping that the rumours (read it on some blogs) that they're going to turn it a Vegas-like place is not true (okay lah, they didn't say that they're going to turn it into Vegas but something that resembles it)!!!

It's perfect the way it is.

Okay, before I start crying, I better go now. Good night!

Maithasa Syuhada said...

terima kasih atas kongsian... jemput ke blog sy jga yer.. :)

princess lieza said...

waaa..nice entry...!sy pon teringin juge nk g sne...tp blom ade rezeki lg kn...:(

Dosh Saleem said...

faizah fyn: insyaallah semua sampai! :D

DIyana: yeah, i heard that too, hopefully taklaa..

Maithasia: insyaallah :)

Princess Lieza: time kasih cik puteri! tu la insyaallah ada rezeki nnti ye :)

combi said...

xtaw npe rase sebak ble bace...terpkir nak hantar mak sane :) insyaAllah

SYAH'IZZAT said...

ahhh teringin nak gi sane insyaAllah :)

trica putri said...

subhanallah

man said...

tq for info..mmg menarik..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com..slmt hari raya

AsmarArafad said...

Keindahan milik Allah, aku juga ingin ke sana beribadah, moga berkat kesabaran kita akan ke sana jua amin...

missya ツ said...

Subhanallah.. cantikk sangat..
bile la agaknya nak sampai sana --'

Nessa Rapaee said...

nice info :)

Soria Othman said...

Ilmu yang amat bermanfaat, Salam kenal http://soriaothman.blogspot.com Jumpa kamu dari blog mialiana.com