Sebut je Ramadhan semua orang gembira, tak kira kaum dan agama. Yang Muslim gembira sebab bulan ni bulan gandaan ganjaran dan Lailatulqadr. bagi member yang bukan Muslim bila aku tanya, diorang pun suka sebab ada Bazaar Ramadhan.Jadi kesimpulannya, Ramadhan ini buat semua orang gembira.
Kalau pergi Bazaar memang tak lain tak bukan benda pertama aku cari ialah puding. Kenapa puding jawapannya sebab aku suka puding. Kenapa aku suka puding boleh tanya lain kali.
Dan selain Puding ada beberapa makanan manisan lain yang aku syorkan untuk korang cari dibazaar. Ni yang jarang jumpa tp kalau dapat sila ucap tahniah pada diri sendiri.
Ais Krim Goreng
Dengarnya macam tak logik sangat. Tapi makanan ni memang wujud dan rasanya sangat sedap. Bayangkan panas2 makan roti yang rangup dibahagian luar lepas tu gigit inti berisi ais krim yang sejuk. Pergh..Boleh pergi la beb. First time aku cuba dulu dah terus tertarik.
Puding Sagu
Ni lagi satu manisan yang sangat sedap. Terutamanya dimakan semasa baru keluar dari peti ais. Tekstur dia yang lembut dan manis bersusu bila masuk dalam mulut terus rasa perasaan bahagia bila makan..Sumpah sedap. boleh digunakan untuk memujuk budak kecik menangis kat rumah, Eh?
Putu Piring
Ni antara kesukaan kami sekeluarga la. kalau ternampak jual kat pasar malam atau bazaar mesti beli, Sedap dimakan ketika panas2. Dalam dia ada gula melaka dan luar dia tekstur mcm roti mampat, tp tk jugak. tak tau nak describe cuma yang penting sedap.
Jala Emas
Kuih ni aku penah makan sekali je stakat ni sebab susah nak jumpa. Ni pun jumpa semasa pergi kelantan tahun lepas. tapi aku still ingat rasa dia sebab dia diklasifikasikan sebagai makanan yang jarang dijumpai. Mungkin sapa yang duduk Kelantan tau kuih ni, tp kalau dekat luar jarang nak jumpa. Rasa dia manis yang amat. Tekstur dia macam benang2 halus yang manis. sedap jugak rasa dia.
Jadi itu serba sedikit mengenai manisan2 yang jarang kita jumpa di Bazaar awam. kalau cerita pasal roti john dan murtabak semua tahu kan mcmana. Insyaallah lepas ni ada yang lagi jarang dijumpai akan diletakkan. Yang jenis yang misteri-misteri. Erk..
Sekian dan selamat beramal!
15 comments:
adoi dah tengah lapar ni..putu piring sangat sedap! putu buluh pun sama! :)
putu mayam pun sedap! hahah
I could go for some ais krim goreng right now, especially if it's chocolate flavour and then tuang chocolate syrup kat atas. Yummy :)
Tak pernah dengar pasal jala emas, so it's really new to me. It looks interesting.
By the way, this post might change my perspective towards bazar ramadhan because I'm not really a fan of bazar ramadhan (waaaaay too many people there).
Yeah, ais krim goreng memang sedap!
n if u nak cari those food u kena cari kat bazaar tertentu sbb tk semua boleh jumpa.
Well, each bazar has its own specialty.
dah lame tak makan putu piring :)
dah lame tak makan putu piring :)
ala-ala mknn kelantan je semua.hehehe
wah....makanan sedap....aku dah terliur pada pukul 5.21 petang hehehhe
yum3...sedapnyer..sagu tu..
saya ada soalan
kalau saya nk order semua ni
utk kenduri raya
cas brape ?
aduiii terliur tgk puding sagu tu..
food temptation ouhh!!! heee
(http://gorgeousmetuniey.blogspot.com/)
perh...... sedap rupa si ais krim goreng itu.... macam da terkeliur da nie.... perh..... tolong pos at umh den yo...
wah.. eer ske putu piring. dlu2 kalo penat skola ptg, mak sllu beli kat dpn tmn, huu mmg syok woo, skrg da byk jual , tp xsume pndi wat, bg eer dpn taman lg besh ! heee
Post a Comment