Followers

Wednesday, November 9, 2011

Kisah Natrah buat aku Termenung

Petang tadi masa aku tgh cari2 buku dkat kedai buku di City Square, aku terpandang satu tajuk buku autobiography yg namanya cukup popular masa zaman mak dan ayah kita dulu2.

"Kisah Natrah"


Siapa 'Natrah'??
Knapa dia begitu popular sehingga diteaterkan di Istana Budaya tentang kisah hidupnya??

Jikalau korang baca kisah hidupnya, terus terang lepas tu mesti termenung macam apa yang berlaku kat aku sekarang nih. hahah..bacalah kalau nak tahu. :)

Nadra Maarof atau nama belanda Bertha Hertogh merupakan anak kepada seorang pegawai British ketika zaman koloni british diTanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun, bapanya telah ditawan tentera jepun dan Natrah diserahkan kepada ibu angkatnya, Che Aminah sejak berusia 5 tahun lagi dan dibesarkan dgn cara hidup Melayu Islam. Natrah kemudiannya dikahwinkan dengan Mansor Adabi dan hidup dengan budaya Melayu Islam.

Natrah bersama ibunya Che Aminah


Kisahnya bergolak ketika usia remajanya. Natrah menjadi mangsa perebutan agama dan bangsa antara keluarga asalnya diBelanda dan keluarga angkatnya. Walaupun Natrah memilih utk tinggal di Tanah Melayu dan mengamalkan cara sebagai seorang Muslim, namun Mahkamah memutuskan supaya dia dikembalikan ke bapa kandungnya dibelanda. Oleh kerana ketika itu umur natrah tidak sampai umur majoriti iaitu 18 tahun, maka Mahkamah berpendapat bahawa bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.


Natrah Bersama 'Sister' di York Hills Singapura

Pada 12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan. Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

Sekitar Rusuhan Natrah di Singapura

Di rumahnya di Belanda , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang di mana masjid dan Natrah minta sejadah, bertanyakan kiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu. Di Belanda,selama 3 tahun Natrah sering berbalas surat menyatakan perasaan sayang dan rindu kepada suaminya, Mansor Adabi dan menceritakan keadaan hidupnya diBelanda ketika itu.
Natrah ketika diijabkabulkan dgn Mansor Adabi

Pada Mac 1953, Mangsor Adabi menerima surat daripada Natrah dan menyatakan beliau telah menganut Ajaran Kristian dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.

Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri .Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada Vermeulen. Bertha(Natrah) yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Vermaulen.

Pada 26 Januari 1956 Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956 Bertha akhirnya berkahwin dengan Johan Wolkenfelt, dan dikurniakan 10 orang anak. Walaupun begitu Bertha tidak bahagia dgn kehidupannya dan pernah disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh suaminya, Johan Wolkenfelt tetapi dibebaskan atas sebab latar belakangnya. Bertha Juga dilaporkan sakit jiwa tetapi dinafikan dan dibenci anak2nya. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, dan kehilangan orang-orang yang disayangi.

Natrah pulang ke Malaysia berjumpa ibunya, Che Aminah

Pada Julai 2009 Bertha (natrah) meninggal dunia pada umur 72 tahun akibat penyakit leukimia yang dihadapinya..


Begitulah serba sedikit mengenai kisah kehidupan si Natrah ni. Ikutkan kalau nak diceritakan betul2 jenuh boleh buat buku blog aku nih termasuk isi kandungan surat2 yg dihantar ke suaminya semua ada. tapi aku ringkaskan seringkas yg boleh supaya korang tk tros tutup page aku sbb jenuh nak membaca.hahah. Kalau lebih berminat nak tahu boleh cari buku2 berkenaan kisah hidup Natrah tak pun hang google ja kat tenet nih.hahahah.

sungguhpon post mengenai tajuk ni dah banyak di blog2 lain namun aku tetap jugak nak post sbb aku rasa laluan hidup wanita ini sungguh pahit sekali jika dibandingkan dengan kita.kalau kita selalu mengeluh dlm hidup bayangkan kalau kita berada kat tempat dia. Berapa beruntungnya kita yang bebas menganut agama Islam dan bebas memilih kehidupan kita .Gunakanlah kemudahan beragama yang Allah beri ini sebaiknya..jgn diremeh2kan..


Skarang Termenung tak? hahah.

25 comments:

reenapple said...

Yeah.. pernah denar dan tahu sedikit sebanyak..

agak3 lao dalam subjek sejarah dimasukkan ok tak??

syazwani 'atiqah said...

sedey bc pasal natrah nie..

Fairuz Malique said...

thanx dosh kongsi cerita natrah nie! Erm... sadis cite die... mcm nak tgk jek kt IB tp dah abes dah....

Nice to shared knowledge!

Dosh Saleem said...

reenapple: hahah..boleh saja.:)

syazwani: tau tkpe..

Fairuz: kongsilaa fairuz.huhuh..tau tkpe kalau ada tiket percuma time tu komfem aku gi.hahak

PemilikCahaya said...

ditambah dengan alunan muzik yg mengasyikkan menambah lg rasa untuk menatap crita ini hingga ke akhir..

Unknown said...

pernah dengar nama natrah ni.tapi xtahu sapa.lepas tgk 360 tadi baru tau.plus baca blog ni lebih detail.kalau ada gambar surat tu lagi best.hehe

Dosh Saleem said...

esyamin: hahah..tu bagi hyperbolakan tindakan emosi pembaca.

hanabunga: eh? ada tyg kan tv ke?? hahah..mungkin harini hari memperingati natrah.

Maly F said...

ada jugak buku pasal natrah ni hasil karya fatini yaakob. sekarang ni baru baca part rusuhan tu. memang sedih lah bace sebab dok bayangkan sekali keaadaan masa tu..

♥ Izni ♥ said...

iz dtg cni. xphm natrah ni sbnrnyerr hihihihi

Dosh Saleem said...

maly: yeah, she give big impact to our society that time.huhuh.

eizny: kalau tk paham kenalah baca smpai habis baru boleh paham.huhu

Unknown said...

tadi tgok di tv3..


*dem aku xpernah jejak IB

Adam Ikan said...

kisah natrah nie semacam fenomena la pulak . bila2 lagi siap buat teater segala . good info!

iera syahira said...

wah! suka2 cte natrah nie! iktibar n pngjrn yg sgt berguna.! :D

FaiZaH Fyn said...

eh baru-baru ni ada masuk paper cucu natrah datang malaysia..

azalia hjsalleh said...

seronok bce kisah dia.

Dosh Saleem said...

ikan: yeah, mekacih.hehe

iera: betul tu kan?

faizah: really? die cite ape?

azalia: er...seronok???? bukan crita dia sedih ke?

mieza said...

kita patot brsyukur sbb kita skang ni bebas menganut agama kita.
takde spe yg nak halang kite dri beribadah kn..

izzati elya adnan said...

goshh..:((..then dye meninggal masih dlm bkn agame islam lha kan??peritnye..

Anonymous said...

kisah natrah membawa aku ke sini. aku kena buat ulasan pasal kisah natrah. thank you. post kau mbantu aku :)

aku rasa nak beli buku ni lah. how much?

sugar2 kapas strawberry said...

first time baca entry sampai habes.kesian natrah.murtad beliau

suziesyuhada said...

haah kan...betul tu...kita kena bersyukur...

Atiqah Hasbullah said...

agak termenung jugak lah lepas abis bace..feel free to visit mine plk ok

tirahzairi said...

cian die kn....hurmmmm....termenung jgk~~~

ERYNN FAZUKA said...

baru je habes tengok teater nye

hgkjh said...

Natrah umur 13 tahun masa tu. Dia kawin umur kanak-kanak. Itu sebab kalah kes.