followers

Saturday, October 1, 2011

Apecer beb?

LLB( hons) dah 3 minggu bermula. dan oleh sbb tu aku dah jarang update blog.kalau dapat update pon dalam weekend je lah ad masa sket. yeah, sikit lagi, 8 bulan je lagi pastu abes. kalau dulu pergi class pakai baju biasa2 sudah, boleh bangun lambat2, boleh main2,boleh jalan2 tapi tak lagi skarang. walaupun masih blajar tapi boleh dikategorikan dah macam bekerja. dan ditempatkan di simulated office. kene punch card pulak. gila la weh. even lambat 1 minit 8.01 pagi pon dah merah dah card. dan yang lagi 'best' hari2 kena pakai kemeja hitam putih dan setengah lecture wajib pakai blazer. padan muka aku. leceh..tapi nak tknak kena juga biasakan laa..bagus sebenarnya tuu..blaja mendisiplinkan diri sikit.chewah.

Sem ni aku ada 9 Subject. satu subject tu pecah 3 and ada yg pecah dua. maka sem ni aku ada 12 subject keseluruhan..walaweh..spm pon aku amek 10 paper je kot. class smalam pulak direct dari 8 pagi smpai 10.30 malam.matii... dan hampir setiap hari jadual aku pack camtu..balik komfem2 penat kan..mmg tido awal laa..tkley la nak on9 update blog smpai lewat malam mcm dulu2.hahah..

tapi walau bagaimana skalipun aku kena tetap survive lah..kalau stakat mcm ni pon tak boleh nak hadapi nanti cabaran masa bekerja, depan hakim, depan loyer2 hebat nnti macmana? tak terkencing aku depan depa kalau tk prepare. tak pon jumpe client yg bermasalah mcm2. kalau mslh diri sendiri tkley nak selesaikan mcmana nak selesaikan masalah orang?hahah. nak tak nak kenalah blajar menerima dari asyik komplain yg bukan2. nak hidup beb. kenalah blaja adapt dan bijak bertindak. tak gitu kak? hahah..siapa kakak aku? aku mana ada kakak? gila dah!


dan insyaallah bulan depan hari graduasi aku untuk ijazah aku yg pertama. tak sabar beb nak ambil gmbar ngan mak dan ayah.hehe..utk pengetahuan, sistem pembelajaran undang2 di UiTM berlainan dgn Universiti Lain. kalau uni lain direct program 4 tahun n tros grad. tetapi uitm disimulasi kan dengan pembelajaran seperti Law School di England. dimana sistem 3+1. 3 tahun utk ijazah pengajian undang2. lepas tu grad dan sekiranya lepasi pointer yg ditetapkan baru boleh sambung ke program Ijazah Profesional LLB(Hons) utk lagi 1 tahun. kami disaring dulu.hahah.dan alhamdulillah aku lepasi stage nih. tapi actually sama je mcm uni lain jugak 4 tahun. cuma kami ada 2 kali grad.hehe..tu yg best tuh. :) Smoga future plan aku brjalan dgn lancar insyaallah.

rindu beb time2 bersenang lenang mcm ni dulu.huu T_T


Skarang ni tgok2 gmbar lama je la yg boleh..haha


9 comments:

Azham Vosovic said...

hahahah....sabarlah wei...
nak jadi lawyer mmg susah, tapi hasilnya lumayan hahahah

FaiZaH Fyn said...

yang membaca ni pun dah dapat rasa tahap kepenatannya..eh busy2 jugak make sure nanti ada post pasal grad hehe :)

cnOor said...

mantap dosh!!
gud luck!! :}

Jer ... said...

ape cer beb ! hahaha . sian la kat ko ..

jijiebenzaliff said...

that so-called life! ^^

Blogger bernama Zam ! said...

itulah cabaran kehidupan . lebih2 lg kalau posting cam abg dosh ni .
papepon be strong k ! ^^

HAFIZAL said...

hebat lah...pergi bercuti

Princess Emma said...

hello , nice belog and enjoy read ur entry .. hehe .. done follow urs , please follow mine back tq :)

syazwani 'atiqah said...

selamat maju jaya dosh...