followers

Sunday, May 15, 2011

Nyamannya tidoq dekat Teluk Segadas

.
Kata orang tua-tua, "malu mencuba sesat jalan" eh? sesuka hati je ak ni menukar2 peribahasa melayu. dengar cekgu BM ak mesti dia lastik aku pakai pemadam getah dari jauh.owh merepek jauh dah.abaikan..


okeh, sebenarnya aku br balik dr tempat cantik nih smalam.badan dah letih nak post smalam jadi ak tertunda satu hari.ahah. yeah, ak memang suka post cepat2 supaya boleh crita dengan penuh feel.gahahah! eh kejap nak tahu tak tempat apa? meh ak berkongsi sikit. :) cer cite!

okeh,beberapa bulan yang lepas aku ngan housemate aku plan pegi teluk segadas pangkor, dengar cerita pantai tu paling cantik dekat pulau pangkor sebab tk terusik dgn pembangunan lagi. so dengan senang hati kami memulakan pengembaraan.

9.45 malam
kami bertolak dari stesen kl central menaiki keretapi malam. truja jugakla time tuh.pakai beg besaq2 macam nak pegi euro trip pulak.padahal 3 hari je.hahak.tapi siriyes ak teruja. :) agak rushing dan kami terpaksa makan laju2 sbb train boleh plak awal.

rushing keja train.haha
12.15 pagi
selamat tiba di Bandar Ipoh, pagi2 buta buat kerja gila pi amek gamba2 bangunan lama.aku diterangkan ad hotel lama dekat stesyen kretapi ipoh tu dan ad trowong bawah tanah. try jenguk2 sat tempat tu.scary beb~haha.. then lepak mamak dan sementara tunggu hari cerah, kami lepak rumah rakan kami kat bndar ipoh.

stesen keretapi ipoh

7.15 pagi
bertolak dari ipoh ke lumut,sampai lumut ja kami cari tempat parking bagai, sarapan nasi lemak seafood, beli ticket, n cam biasa, amek2 gmbaq dlu.haha. n feri pon sampai~

mai pegi pangkoq!

Yeah! akhirnya tiba di Jeti Pulau Pangkor! tp eh, still belom sampai lagi. kami perlu ke Kampung Teluk Gedong utk sampai ke destinasi.. Kampung tu lah satu2nya jalan masuk ke Teluk Segadas tempat yg kami nak pegi tuh. dr Kampung tu kami perlu jalan kaki meredah hutan dlm 15-20 minit dlu. eh, jangan risau. takkan sesat sbb dah ad trek orang jalan kat hutan tu. :)

trail start here.

hutan tebal

11 lebih pagi
time treking tu kami dah start nampak laut dr jauh. dgn tak sabar2 kami berlari laju dan..Walaa!! Fuyooh! pergh.. Mak aih! Cantiknya~ siriyesly ni adalah pantai yang tercantik ak penah pegi. betul lah mcm yg dikatakan, teluk segadas adalah pantai yg tercantik dekat pangkor. seblom ni ak pegi pantai2 lain kat pangkor pun tk secantik ni.tak sia2 jauh2 datang dr shah alam meredah hutan belantara bagai. air dia jernih yg amat. rasa macam nak teros lompat je! sabar dosh, sabar~ gi pasang khemah dlu. meh ak crita melalui gambaq!

tu dia!

pandangan dr dlm khemah.

ayak laut nih jernih bangat~

tengok tone warna air laut ni.

backflip and break water dance.

petang tu puas kami snorkeling, pastu tengok sunset, malam tu selesai solat, kami buat unggun api n masak utk makan malam. sedap time2 mcm tu semua makanan jd best je.dan malam tu langit malam cantik,bintang banyak dan bulan cantik.tk dapat beb kita jumpa kat bandar. kami lepak baring tepi pantai.pasir dia lembut dan halus macam tepung. layan lagu2 kat phone, borak2..dan tiba2 pandang dekat satu pokok berdekatan kami ternampak sesuatu..erghh~~ padia tu~~
haha..rupanya2 bunga yg glow in the dark. mula2 kami macam tk percaya tp bila tengok balik memang dia terang. bukan sebb reflection chaya bulan tp terang dengan sendri. perghh..seriyes beb teruja aku time tuh.unggun api

santapan malam

esoknya, kami bertolak pulang ke shah alam. even skejap tp pengalaman ni tk dapat beli kat mana2. kos tk banyak pon dgn hanya bawah RM100 dpt pegi tempat n termasuk makan,transport,sewa khemah. tp tido khemah je la dan tkde lah aircond bagai. aircond smula jadi bayu laut lagi best yg penting pengalaman tu. nnti boleh crita kat anak2 "ayah dulu time muda2 pegi sana situ sini" gahahah! so ada bran nak pegi sini?

21 comments:

Lel@k! M!$tEr! said...

wow syoknyer dapat g bercuti... tempat pun shantek jer kan.. tenang, damai n nyaman

ZWAN SABRI said...

sumpah jeles gila.. memang chantik pantai tuu.. Lepas abes exam, merata bejalan noh.. cayalah! btw, cantik rambut.. HAHA

Joe_Hans said...

best giler!!

fatin natasha :) said...

jealous :)

k.h.a.l.i.l.a said...

menarik2... slmt dtg ke Perak ^^. Haa... ni cikgu BM datang tengok peribahasa. heheh

fadzioriq said...

best kan2~hehe

Dosh Saleem said...

??: tau tkpe.haha

zwan sabri: yeah mencari pengalaman katanya.hahak.

joe hans: amat!

sha: tkpe nnti u gi plak. :)

khalila: cikgu jgn lastik saya~ ahaha.

meor: ahaha..memang besh~ nnti kite plan gi lagi skali jom!

sumaiyah mokhtar said...

wahhhhh pantai die cantik sgt :)

melle amir said...

macam best dooh

Maly F said...

woots woots..cantik giler pangkor. tak penah pi lagi!

Dosh Saleem said...

sumaiyah: a'ah cantik kan? :)

melle: best gila!

maly: next time plan trip gi sana.tk mahal pon~

Mimie said...

next month bakal mengikut jejak encik dosh ke pulau pangkor. :)

Have a nice day.

mira the monster said...

ipoh! ipoh! tempat saye tu..
wah semartnye gmbr kat laut tuuuuu

nuruhuda_329 said...

nk komen kt tempat yg xde org komen ag..tp sume dh penuh..komen kt cni je la..entri baru hik3 dh follow anda wink3..^-^

Dosh Saleem said...

mimi:hehe..baguih2,nnti nak tgok post anda. :)

mira:yeah,ipoh best~ ade nasi ayam sedap!

huda:hehe,,mekacih cik huda.:)

nuruhuda_329 said...

sesame en.dosh ;p

nub said...

aku tgok gmbaq kat fb..perh jealosy. haha

alia azmi said...

welcome to lumut..*smangat org lumut* wah wah cntik nye laut tu.. tpy takde org lnsung ke? mcm seram je ble malam =.='

Dosh Saleem said...

nub: palagi? jom ar nub! haha..

alia: owh tkde la seram sangat.still ad org.huhu

Bella said...

nice place.. s0 jeles k..

Jer ... said...

gambar flip tu mahal!