followers

Saturday, December 18, 2010

jalan2 tersalah selipar


okeh
, cuti riang ria disney lagi, harini kitorang pergi keluar bergumbira sambil menangkap2 gambar alam sekitar yang indah permai, berpusing2 di bandaraya ketaman bunga menemani rakan2 mengambil gambar sambil diambil gambar menikmati keindahan alam disana. :p

kitorang bermula dari rumah buruk peninggalan british ditengah2 taman tu, seriously haunted kot. Dulu pegi ngan member lain die tak tutup pulak, kali siap pasang plastic penghadang belang2 tu. Rumah tu memang famous dikalangan photographer main tangkap2 gambar orang kawin, dan kitorang berempat menyelinap masuk kerumah itu dengan penuh keberanian dan semangat yg berkobar2. Baru nak snap 1-2 pic, ada pakcik misai datang sambil memberi signal tangan suruh kluar dr tempat tu,

“adik tempat ni dah tak boley masuk, sebab orang amek gambar2 pastu gi pecah2 kan tmpat ni”

Huk aloh pakcik ni! Kitorang bukan anai2 nak pecah2kan tempat ni, sebagai menghormati pakcik tu kitorang pun berganjak dari situ. Maybe betol kot ade orang tk bertanggungjawab dah guna tempat tu then rosakkan.bagus pakcik tu jagakan tempat tu. warisan sejarah johor tu, sebagai anak johor pertiwi kitorang sanggup berkorban dan meninggalkan tempat tu. ishkk~ :p

rumah haunted tapi lawa itu

gambar sebelum disergah pakcik misai

gadis2

taman tentera jepong

Dan aktiviti diteruskan dengan memanjat2 bukit yang tak tinggi sangat, bila sampai dipuncak, kitorang jumpe taman jepun, tempat die memang cantik dan mempunyai ciri2 zen(chewah berseni aku ni tau zen :p) dapatla tangkap beberapa keping sambil menikmati flora dan fauna(tupai) disitu. Hehe~

“eh nak pegi putrajaya johor tak?”

Hehe..pastu kitorang berganjak ke Bandar nusajaya, kota iskandar, pusat pentadbiran kerajaan johor, n a’ah tempat die memang ada ciri2 keputrajayaan dari segi bangunan2 kat situ, memang bangga la menjad warganegeri johor ni :p (ni je kot yg boley bangga :p) smoga projek2 iskandar ni cepat siap, abes jalan kat jb skarang ni tengah upgrade. Yg jadi mangsa rakyat jelata seperti kami setelah banyak lencongan dibuat smpai sesat dibandar sendiri T_T


lompat kijang

Dan malam tu kitorang gi Puteri Habour yg jarak dia boley jalan kaki dari kota iskandar tu. N situ memang superb ah! Kapal2 layar cantik~ ad life band, suasana die romantic dengan music2 slow motion dan angin2 selat tebrau~ lepas ni nak dtg lagi, komfem! :p


Kitorang try buat light trail kat situ, jadi beb, lawa~ kitorang buat mcam2 gaya exotic kat situ like write ur name on air, melukis2 hanya berbekalkan lampu handphone dan camera slr.

penjelmaan peri

kalo prasan ad byk kaki kat blakang tulisan dgn menggunakan kuasa the flash ak(okeh, aku tipu)

Okeh sume dah penat, stelah meluangkan masa panjang borak2 tepi laut, kitorg lapoo,,, dan makan di singgah slalu, tempat biasa utk para pemuda pemudi johor bahru di waktu malam.

Sungguhpun penat tapi kalini sangat best~ n lepas ni tggu trip seterusnya, nantikan edisi khas di hari yang akan datang :p

p.s: purpose for that day ialah my friend nak blaja gune slr yg dia br beli dgn my another friend dan most gmbar yg diambil adalah tkde kaitan ngan saye ye.

7 comments:

zarith said...

cantik la light trail tu! :)

angel and devil.

DoshDrake said...

yeah~ sorang diri tegak kat depan n sorang tukang lukis kat blakang.hehe. :p

ZWAN SABRI said...

Aiseyh, bestnyer Johor.. ada banyak tempat2 yang menarik.. best2..
Fuhyoo, ada banyak gambaqla.. suka2..
Btw, gambaq yang lompat kijang tu mmg yg terbaek.. HAHA..

DoshDrake said...

tu lompat menggila.haha

fadzioriq said...

yang trail nama ko tuh style~hehe

DoshDrake said...

hehe,,ape lagi meor,pasni ley suroh husaini buat kt balkoni rumah! bhahahah! :p

ejans said...

haha betul la.. tmpat tu teruk dah.. bahaya kt kita pon jgk.. tp kt situ time aku ngn mmber aku g.. mmber aku nmpak 'entiti' kt dlm tu.. haha da maghrb2 xnk balek kan..