Followers

Friday, June 28, 2013

Perlancongan Budget ke Krabi

Assalamualaikum!

Untuk post kali ni saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman saya ketika di Krabi, Thailand pada minggu lepas. Boleh saya katakan Daerah Selatan Thailand itu adalah satu daerah pelancongan yang menarik dengan pelbagai aktiviti yang ditawarkan. Di sini saya akan menceritakan sekali panduan untuk mendapat tempat yang menarik dengan harga yang rendah.



Untuk tiket kapal terbang, pergi balik hanya RM150 sahaja. Murah bukan? kalau nak tambang murah pastikan booking ticket awal di Airasia.com kerana banyak je promosi harga murah disitu.


View atas langit yang tak nampak apa.haha

Untuk penginapan saya cadangkan anda untuk ke Goodwill Hotel di Ao Nang. apa yang menariknya berbanding hotel-hotel yang lain?




-  Harga yang murah, 3 hari 2 malam saya hanya perlu membayar 550 baht  
   sahaja (RM55)
-  Berdekatan dengan masjid dan penempatan orang Islam Thailand, mudah 
   untuk mencari makanan Halal
-  Kondisi bilik dan layanan amat baik. boleh lihat sendiri di 
- Pakej Island Phi Phi Island yang ditawarkan melalui hotel ini lebih murah 
  berbanding yang lain iaitu 1000 baht sahaja (RM100) berbanding pakej   
   lain yang berharga 1300 baht keatas.

Seterusnya dari Airport Krabi ke Ao Nang dicadangkan untuk menaiki bas sahaja dimana tambangnya berjumlah 1500baht (RM15) mengambil masa setengah jam dari bandar krabi untuk ke Ao Nang.

Kami sampai ke hotel seawal jam 10 pagi, setelah check in dalam hotel kami terus mencari tempat makanan halal sekitar hotel. lapar beb dari KL tak makan lagi.hahah..

Dan kami amat bernasib baik apabila singgah di satu kedai makan depan masjid dan dijamu dengan penuh mesra dengan penduduk-penduduk Islam di situ.. memang best laa sampai2 je dah dihidangkan makanan. dan apa yang lebih menarik makanan disitu adalah percuma!! Sempat berbual mesra dengan pakcik disitu walaupun kebanyakan mereka tidak tahu bertutur dalam bahasa inggeris, guna sign language sudah cukup.haha..

Makan kenyang2 pon free beb! alhamdulillah

Seterusnya kami ke pantai Ao Nang untuk meneruskan aktiviti di hari pertama. Pantai di Ao Nang sendiri tidak lah secantik mana cumanya kalau nak pergi pantai2 yang cantik kena naik boat dan mereka akan bawa. Destinasi kami seterusnya adalah ke Phra Nang Beach! dengan 200 baht (RM20) boat pergi balik ke pantai tersebut disediakan.

Pengemudi Boat kami adalah kanak2, take note.

Sepanjang perjalanan dalam boat kayu slama 15 minit,  kami dapat melihat pemandangan yang amat indah menyusuri laut Andaman sambil dikelilingi oleh pulau-pulau batu kapur. sampai2 je memang mandilah! al maklum air kristal clear katanya. 




Phra Nang Cave Beach

Phra Nang Cave



Phra Nang lepak berendam


Ok, berhenti setakat ni dulu. nnti kita akan sambung dengan destinasi seterusnya di part 2, aktiviti Menunggang gajah dan ke Phi Phi Island. amigos! Kap kun kap!!  

Link:  Part 2 Perlancongan Bajet ke Krabi



13 comments:

makhana said...

waaaaa...murahnyeeee..syioknye

renjizakura said...

wauuu

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

wow! best ni..thanks atas perkongsian yer ;)

idah_shi said...

Teringin nak pergi hoiii hihi

Anonymous said...

Nice vacation bro.Thanks for information.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. kita pun pergi krabi bulan lepas. huwaaaa hotel yang sama pulak.. korang pergi beramai2 gak ke? hehehhee

Unknown said...

Ya Allah! Cantiknya permandangan. Boleh consider this place untuk vacation nanti :)

Unknown said...

salam en.blogger..nk tny kau book aonang goodwill thru wbsite mne?agoda/booking.com/asiarooms?sbb ak dh try sume tp mahal2..xdpt pun cm rate kau rm55..hrga triple..ke sbb ak book time high season?tq..

Unknown said...

halo brother, nak tanya sikit lah. agak2 kalau total 1k or 1.5 k tu cukup tak utk 3 hari 2 malam?termasuk hotel mkn bas ape ape lg lah?flight thanks

Unknown said...

halo brother, nak tanya sikit lah. agak2 kalau total 1k or 1.5 k tu cukup tak utk 3 hari 2 malam?termasuk hotel mkn bas ape ape lg lah?flight thanks

Unknown said...

Hotel book or walk in jek.thanks

Asfan Ash said...

salam bro, ni semua ni bawah agen ke tak?

Dosh Saleem said...

Wasalam,saya kira2 bajet kesemuanya termasuk flight ada dalam RM 700. dan saya tak pergi ikut agen.just try and dare. untuk goodwill hotel yang saya pergi tu memang kami dapat murah. saya booking dulu sebelum msuk.