followers

Wednesday, April 25, 2012

Kisah budak Jalan Pantai

Salam warga blogger,

Yeah, lately agak sibuk dengan kerja-kerja di firm dan jarang ada jodoh dengan blogspot untuk menulis seperti biasa. Insyaallah kalau diizinkan akan tamat pengajian lagi 2 bulan dari skarang dan selepas itu saya bercadang untuk menjadi pengamal undang-undang di kampung halaman saya, Johor Bahru.

Terus terang saya katakan laluan  saya dalam 5 tahun( asasi 1 tahun, degree 4 tahun) dalam bidang ni bukanlah satu perkara yang mudah.. dengarnya macam hebat ambil undang2. Wah bakal Lawyer! Bakal Majistret!. Balik kampung pasti ada saudara mara yang bertanyakan isu-isu politik, undang2 kalau berjumpa.. Tapi apa yang sebenar2 rasanya dalam hati kalau boleh nak ubah je topic perbualan tu. Mana taknya, apabila teringat lambakan kerja yang menggunung, kerja yang bagai tak surut2, stress lagi.. memang taknak  ingatlaa.. tapi saya tak nafikan bidang ni menarik kadang2 walaupun susah!

Ok kita tukar topic, sebenarnya ada satu perkara yang nak buat sebelum kahwin.ceh sembang pasal kahwin lebat kau. awek pon tadak! hahah..ok2 begini sebenarnya..saya ada satu impian, eh nak kata impian pon tak sangatlah tapi boleh laa..hahahah. Saya teringin sangat nak pergi ke tempat orang. ni bukan stakat pergi pasar malam tapi lebih dari itu... Sebenarnya sejak kecil lagi saya suka baca Encyclopedia dan minat dengan subject Geography.hahah. jadi apa kena mengena??

Ok macam ni, Saya bercadang untuk melancong backpack ke beberapa tempat di Dunia. Ok jangan gelak. bunyinya macam common tapi ini kisah benar. Saya minat akan kelainan, saya minat pada kelainan budaya, kelainan pemikiran, kelainan suasana dan kelainan dari segi kesenian.. bagi saya dengan melancong ke tempat orang, kita dapat pelajari sesuatu yang diluar tingkap pemikiran kita. Dan mungkin saya akan pelajari dan fahami sesuatu yang penting dalam hidup? Selama ni saya baca buku, tengok tv, dengar crita orang.. tapi saya sendiri tak pernah melihat dengan mata saya sendiri tempat2 tu. Jadi itulaa impian saya..haha..lawak kan?

dan insyaallah kalau diikutkan perancangan habis graduasi saya nak practice sebagai peguam dan kumpul duit banyak2 nak capai cita2 ni dan dalam masa 3 tahun lagi saya mesti dah capai dengan duit titik peluh saya sendiri! Harapan saya satu hari nanti bila saya dah capai apa yang saya mahukan ini dan baca balik post ni saya akan tersenyum.hahahah..adoi jiwang ko ni!


Teluk Segadas, 2011


13 comments:

eszyamin said...

inshaALLAH...aku doakan..semoga perjalanan kau sentiasa dipermudahkan..dah usaha kan? inshaALLAH dapat lancong kemana-mana yg diinginkan..

Dosh Saleem said...

hahah..macih2..:D

Diyana Munira said...

I know right! Stress kot bila orang tanya pasal politics (patut cakap belajar engineering, but then again nanti orang mintak tolong buat wiring camana?).

Your impian is not lawak lah. I understand. Impian I jugak (yes, I pernah travel ngan family but there are other places that I want to check it out on my own or with a friend or two). Take the road that is not taken. Go to the places that I've never been before. And, learn about their history.

Yeap, I'm somewhat a History freak (tapi, sejarah tak pernah score).

PS: I click on your entry thinking that it is about one of your beach adventures, bila baca: "Cis, I kena tipu! Grr!" Just kidding!!! But seriously, nice blog post.

Dosh Saleem said...

i am budak jalan pantai. nama jalan rumah i jalan Pantai.haha

bella hamzah said...

hi lawyer!

wah best nya backpack bestnya.sy pon suka backpack tp xramai perempuan yg suka xde geng,sy ni suka aventure sikit haha nanti kalo nk g ajk la bella leh la join skali ngee

FaiZaH Fyn said...

teringin nak travel banyak tempat tapi tak jumpa geng sekepala..nak ajak pergi camping pun semua pakat tak nak haih

Sr. Maryam Fatanah said...

best sgt klau ber-packing ni..takyah teringat sgt ngn travel agent bgai..plus, boleh buat ape je kita nk as long as dh research dlu pasal tmpat tu..anyway, melancong mmg best!

sugar2 kapas strawberry said...

untung lagi dua bulan mahu abes ye. saya lagi tinggal lebih kurg 4 bulan lagi.total belajar pun sama macam anda, 1 thn asasi 4 thn degree. orang ckp saya hebat bila belajar accounting.tahu semua selok belok saham la.. aisehh.sungguh saya haru bila pkir.mahu jugak saya berbackpacking seperti anda.

farouq said...

tahniah bro:)

misz sheyla said...

urghhhhh...xminat undang2...com law pun dah ase nak muntah..nak ingat kes pe semua....

sonok r jadi backpacker...ade geng baru meriah..semoga tercapai la semua hajat tu ..

chentaseniy said...

hope your dream come true
insyaallah .. amin =)

chot ok..! said...

sYA PERNH datg telk sgadas ni,with frend2 kt ipta sya,..sgt jernih air dia,blh nmpk ikan dari atas..miss tmpt ni..:)

Dosh Saleem said...

Trima kasih kawan2. :)