Followers

Thursday, August 11, 2011

Gadis 'dicekik' setelah mandi-manda disungai

Ni ada sebuah cerita seram nak bagitau. sila peluk bantal kuat2 dan pasang lagu raya kuat2 kalau takut. boleh? hahah.. kali ni aku nak crita pasal cerita kejadian aneh ketika mengambil gambar.

ni pasal gambar seorang gadis disibu sarawak sewaktu sedang bermandi manda di sungai. cuba perhatikan gmbar di bawah ni.


ada sesuatu sedang 'mencekik' leher gadis tu..nampak tak tangan berkuku panjang dalam air tu?

ni apa yang dipetik dalam Borneo Post Online,

SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.

“Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.

“Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan,” ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.

Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.

Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan ‘hantu’ cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.

“Salah satu tangan ‘benda’ itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya,” ujar sumber itu.

Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan.

Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra ‘ngampun’ mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.
Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.

Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.

Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.

Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang ‘sangat keras’.

Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.

Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.

Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam.

Hah macam2 kan? Nasib baik ni bulan puasa so takde hantu. Eh betol ke statement aku tuh? hahaa.. takdelaa...sebenarnya makhluk2 halus ni terdiri daripada jin yang berupa sedemikian.yang dikurung itu adalah syaitan. syaitan juga adalah makhluk jin tetapi tak semua jin itu syaitan. tiada istilah hantu sebenarnya dalam Al-Quran tapi Jin memang benar2 disebut. Jadi sekiranya berlaku kita mohon pada Allah agar dijauhi dari gangguan2 'makhluk' ni. amalkan Surah Al-Mulk dan ambil Wudhuk sebelum tidur insyaallah akan dijauhi.





31 comments:

IMANSHAH said...

isy, serammmm

Adia Denadhate said...

ngee! takut nye. =="

Dosh Saleem said...

imanshah: hahah..agak r..-_-'

adysutera: hahah..malam ni jgn lupa baca doa! :p

Anonymous said...

ukeh fine...seram aku bace!nasib baik tgh layan youtube lagu raya..hampeh!hahaaa...

serabai la tangan tu..eerrkk!

kalau tunjuk muka lagi laa...eeeww..

eehehee!nice entry..menarik!

Nini Hartini said...

benci benci. menyesal baca. malam2 pulak tu. adeehhh janganlah teringat time suami xde malam. uwaaaa

Dosh Saleem said...

oja: nasib baik kau bukak lagu raya oja..tkpon cuba cek balik gmbar mandi manda aritu. mana tau 'ada' kan.haha :p

nini: hahah..sowi2..tetibe trasa nak post plak malam2. :p

Alice Wewen said...

uisshhh...nyesal giler bace...kompem tdo selubung slimut ni

ZWAN SABRI said...

skang pukul 1.30am.. mmg meremangla baca entry nii..
btw, pelik jugak kan, antu tu x kena ikat ka bulan posa nii.. HUHU

MySuaraBlog: Bible Di Link Blog Anda

FaiZaH Fyn said...

sungguh hebat sy bc smp habis pastu mlm ni tido sorang2 :(

kensel plan nak ajak family mandi sungai balik kg nnt

Dosh Saleem said...

alice: hahah..tkde ape2 la.bace doa je byk2.

zwan: haa ni komfem tk bace entry nih! hahah..kan dah tulis yg dikurung syaitan,bukan jin.

faizah: tkpe2. plan mandi laut pulak ye. :p

Nurul Syakira Zainal said...

aku baca pagi-pagi buta ni dengan sunyi sepi kat keliling dengan tgk gambar ni. semua bulu roma aku naik dan aku terus peluk bantal kuat2. seram siott. betul tak tipu.

new entry:
http://sayebuatblogini.blogspot.com/2011/08/datang-lagi-tak.html

Rawkzell said...

damn , nyesal aku buka blog kaw pagi pagi ni ... ceshh ...

reenapple said...

tetiba naik seram lak bila baca...
macam citer KArak lak... hahah

Hizami Li said...

aummm! seremmm.

Liyana Zahim said...

Bapak seram.. Tp btol ke ek? Ke edit je? Hehehe.. Tanak ar mandi manda sesuke abah kat air tjun sungai ke ape..

Anonymous said...

damn, aku nampak tangan berkuku panjang itu. huhu.

vendoline said...

mcm seram jew...siap ade tangan agy..lambat lak effect nye.haha

nuruhuda_329 said...

abg dosh tolonggg kite takot hahahahaha ngee =P

Dosh Saleem said...

Kiera: hah peluk bantal kuat2 baca doa laju2. eh tk boleh!

Jer:hahah..ada yg menegor nanti karang

reenapple: pasni komfem jd filem.haha

Zami: mak aih. ini waris jari hantu ape?hahah

Liyana zahim: taktau r. tp ini yg diceritakan la.

Mr Thinker@Ali: Pemotong kuku umah dia ilang la tu bro.hahah

Edy fee: hahah..tau tkpe.

nuruhuda: pi baca doa byk2 seblom tido.haha

Unknown said...

die kaco tmpt mende tue kot hehehe..galak sgt ke mane tau heheheh...biasala jin nie pun mcm manusia tak suke org buat bising kt umah die..gitu heheh

TeQah Khaire said...

mesty dier mandi time2 dier tgh pms kowt..[kira hujung2] haha

Nur Hafizah Hadi said...

Kenapa aku je yang x nampak pape? -____-

Dosh Saleem said...

Uyarayza: hahah..tau tkpe..nak masuk rumah orang kenelah bersopan santun kan.huhu

teqah: taktau lak tgh pms ke sms.hahah

hafizah: try perhatikan btol2 ada dua tangan kat situ.huhu

nuriyliamalek said...

aiyoo..cuak bce.bukan stakat lagu ryer.lagu patriotik,lagu tadika sume pasang :)

btw,thanks follow sye dosh :)

cik said...

seram lah pulak..hais!

cik pha said...

seram pulak aku bce kisah hantu nie.

fadzlynniza said...

Ayoyoyo. manyak seram ouh ini cita. Ya Allah. selamatkanlah kami semua dr jin2x yg jahat. =) amin~ heee

Ain Zulaikha said...

uihhh menakutkan betul lah , huhuhuhu..
kalau saya lah orang tu , bukan pengsan dah, koma 30 hari .. huhu

syazwani 'atiqah said...

mmng xlaa nk mandi kt sungai ke air terjun pasnie...

Mira Maisara said...

oh my god..nak mandi tak ya lah amik gambo..serem sudah aku

Dosh Saleem said...

iylia: hahah..byknye lagu..

cik fatea: hahah..serem!

cik pha: keseraman yang amat! hehe.,

lyn: hahah..tu la doa byk2. hehe

ain zulaikha: hahah..ain, blog pujaan komen! :p pergh sampai koma! hahah

wani: trauma tgok eh.haha

maisara: camera dia kalis air kot.haha