followers

Tuesday, March 29, 2011

Siapa kata David Beckham tu Melayu?

“Kenapa saya suka rumah saya? Sebab dia best~”

Eh, ingat lagi tak iklan petronas budak kecik yang suka rumah dia? Siriyes ceq terpegun tengok balik video tu. Okeh, okeh. Takda kena mengena ngan post nih. dan jugak tkda kena mengena ngan bekas pemain MU nih.hehe..cieq mintak sori post agak mengundang.heheh.Harini ceq nak merepek sedikit perihal stigma masyarakat melayu kita. Eh apsal semangat sangat nih?Haha..sebnarnya ceq baru balik dr Speaker Corner dan dengan tak semena2 ceq bagi cakap-cakap spontan tadi depan org ramai. Pergh pergh.. neves beb. Tu pun orang tarik kalau tk harem nak gi atas stage.Wadehel aku cakap tadi.hahak.ok mai2 kenali bangsa sendiri! Tk kenal maka tak cinta. Tak cinta maka clash.

Taboo.

Ini bukan tebu yang sedap. Tapi taboo bermaksud pantang larang. Haa~orang kita memang terkenal dengan sifat bersopan santun dalam aplikasi kehidupan. Jalan depan orang tua yang muda2 tu malu2 tunduk2 je.wewiitt..alahai manisnya tengok~boleh buat menantu nih! Kalau mak-mak tengok anak dara jiran tu sopan santun hormat orang tua komfem lusa datang rombongan meminang Itu bagus! Sifat hormat menghormati tu harus disemai.ergh..terasa macam cikgu pendidikan moral pulak.hehe..

Tapi prasan tak dalam sifat positif tu kadang2 terselit satu sifat dimana yang si anak ni takut untuk bersuara, takut untuk bertanya. Kenapa dibilangnya sebegitu dong? Kalau kita lihat masyarakat melayu lebih cenderung mendidik anak2 melalui ‘fear’ dan dimomok2 kan daripada diberi penjelasan.

Bila si anak bertanya tentang sesuatu yg sensitive utk dijawab. Maka akan terkeluar lah ayat “hah! Kau kecik lagi nak tau hal2 ni!” dan si anak ditinggalkan tanpa penjelasan. Tak pun PANG!” “OWH MAK COW!!” hinggap pelempang sebijik kalo tanya sesuatu yg ad berbaur lucah sedikit.padahal anak tu tak tahu dan nak tanya ja! Ksian budak tu. termenung kejap kena pelempang.

Eh, tk boley la macam tu! Ibu-ibu bapak-bapak masa hadapan sekalian. Kalau satu hari kita akan ada anak. Janganlah kita perlakukan sedemikian rupa. Kalau depa tanya kita bagi reasoning yang baik.jangan dok main lempang2 ja atau mengelak nak jawab.terbuka sikit fikiran tu.eloklah kita bagi jawapan elok2. Tkda la nnti depa carik dari sumber yang bukan2 kan?.hahaha.


Follower

eh ni bukan follower belog! Haaa~ tapi ni satu lagi penyakit berjangkit lagi kronik masyarakat kita. Mudah terikut2 Contohnya, 2 minggu lepas ceq pegi Berjaya Times Square dan agak pelik dan janggal bila dalam panas2 terik matahari tengahari ada ramai yang pakai scarf musim sejuk kat leher depa siap dengan baju berlapis2 tgh2 panas tu. Aik? Ada salji ka Malaysia? Huihh..

Berfesyen biar berpada2 beb. Ceq tak kata salah pun pakai apa2 tp biar relevan dengan keadaan. Mentang2 lah depa mat saleh pakai camtu kita pun nak pakai jugak. Depa pakai sebab sana negri depa sejuk woo..jgn la ikut2. Kalau nak ikut sangat ikut cara depa berfikir, cara mereka blajar.haa~ tu bagus.hehe..silap2 dapat 10A++ nnti.

kalau solat pakai baju elok2 bley?

Sebnarnya banyak lagi isu yang boleh dibangkitkan dengan stigma masyarakat melayu nih. Tp kalau ada masa ceq karang lagi k.

p.s: huih, kol 3 pagi n ujan kat luaq!!!slamat sleep! :p (David Beckham bukan Melayu itu yang pasti)

9 comments:

IMANSHAH said...

wah tidak menahan melihat baju itu...

fatin natasha :) said...

haha tajuk tu mcm jaoh menyimpang :)

...HaidaHomari... said...

david beckham untung la sbb dye bukan melayu, jd dye xde kene mgena ngan post ni...huhu

nub said...

mangaih bajuu

melle amir said...

speaker corner ? kamu uitm?

Dosh Saleem said...

Imanshah:agakla..paling2 pun trbalikkan la baju tu dulu.

sha: ahahah.tau tkpe :P

haidahomari: hehe.david beckham tu ad darah jawa.haha

nub: tau tkpe!

melle amir: a'ah. saya uitm.huhu. :)

FaiZaH YaaKuB said...

baju semua basuh ke sampai baju tu bawak pegi sembahyang?

btw ape kaitan david beckham ni haha

ZWAN SABRI said...

suka ngan statement "X cinta maka clash" HAHA..
btw, gambaq yang pakai baju itam yang kurang sopan tu bolehlah diambil sebagai teladan kan.. HUHU


MySuaraBlog: Jam Tangan dan Lelaki

ReeNAppLe said...

betoi gak... bnyak gak pantang larang tapi tak pernah dipersoalkan.. hahha
sal skaef tue... daa memng jadi trend kot???? huhuhu