Followers

Saturday, July 24, 2010

I love my job!

Dah 3 tahun stengah dah study law.kadang2 terfikir juga betul ke nak jadi lawyer? boleh survive ke dalam bidang ni? dan minda ini asyik berfikir perkara yang sama je. Bila terfikir balik, sedar tak sedar dah 3 tahun dah! tak sangka langsung akan ambil bidang ni..

hmm..yup, obsesi diri memang pada seni. dari kecil lagi memang dah minat dah. mula2 lukis2 cartoon atas kertas conteng2 dinding umah, lepas tu beralih pulak ke yang lebih 'advance'. dan sehingga kini, minat kat kesenian memang tak pernah hilang. dan dengan tiba-tiba pulak ambil jurusan undang2 yang sangat contra dengan art..(buku law langsung takde gmbar selain logo dacing!)
tapi bila terfikir balik, tak bermakna ambil bidang yang contra dengan minat kita sesuatu yang merugikan dan sia2..mungkin ada hikmahnya kenapa saya dibidang ini..baca2 kes pon seni ape!! haha..yeah, seni norma manusia.dapat tengok pemikiran manusia yang pelbagai2, kefahaman mereka, dan intensi mereka.. seolah2 macam warna2 diatas kanvas..penuh warna warni dengan warna kehidupan! chewah!! ^0^

dan saya akan teruskan juga dalam kedua2 bidang ini. dan kedua2nya sangat berguna untuk diri saya..bidang2 undang-undang banyak mematangkan diri..dan menjadi kerjaya dan pada kesenian pulak ianya sentiasa ada dalam practikal kehidupan..huhu..

No comments: