Berkesinambungan post saya yang lepas, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya melawat salah satu monumen Tujuh Keajaiban Dunia, Taj Mahal. Seriously saya memang excited sangat untuk melihat sendiri Kota Cinta ni. Selalu hanya dapat tengok di buku dan laman web sahaja dan kali ini saya sendiri nak tengok dengan mata sendiri.
Sesampai saja penerbangan daripada Srinagar Kashmir ke Airport Delhi, suasana panas mula terasa. Kalau di Kashmir suhunya dalam 5-20 darjah celcius sejuk hingga ke tulang, turun je flight bila sampai di Delhi dia punya panas tu fuh! dah la panas, berbau dan berjerebu. bila tengok suhu rupanya 40 darjah celcius! panas gile!
Kami dijemput oleh guide kami dan selepas makan terus bergerak ke Agra. dari Delhi ke Agra ada highway. Tapi sepanjang perjalanan tu memang nampak la kepanasan dia tanah kering kontang, sampah sarap merata. Berbeza dengan Kashmir yang lebih bersih. Perjalanan kami ke Agra dari Delhi mengambil masa dalam 5 sehingga 6 jam. Sampai di Agra dah lewat malam kami terus tidur sebab pagi2 esok kena bangun awal nak elakkan trafik di Taj Mahal.
Pada awal pagi sebelum bertolak ke Taj Mahal, kami dimaklumkan oleh hotel penginapan kami bahawa hari tu adalah World Heritage Day yang bermaksud Entry Fee ke Taj Mahal pada hari itu adalah percuma! wah jimat Rs100 (Rm50). Nasib kami baik betul time tu.
Cantik kan? setiap binaan dibuat dengan penuh keperincian. syurga bagi orang2 OCD Taj Mahal ni.
Taj Mahal menjadi lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaznya. Boleh pulak dua orang couple ni duduk kat situ. kena sangat. so apa lagi snap la gambar!
Megah berdiri walaupun dah mencapai ratusan tahun.
So begitulah sedikit sebanyak tentang Kota Cinta Taj Mahal ni. Kalaulah Taj Mahal ni dijaga dengan lebih baik mesti lagilaaa cantik. Inshaallah ada rezeki kita jumpa lagi ye Taj Mahal. Kali ni membawa cinta sejati pulak. ecewah!
2 comments:
Bestnya dapat tengok taj mahal in real lifeeee.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment