Dulu masa kecil selalu tanya mak bila tengok cerita Hindustan "Mak, ni kat mana?" lepas tu tanya lagi dan lagi. sebab dalam hati masa kecil lagi dah teruja dengan kecantikan bumi Hindustan. nak-nak part guling-guling kat padang bunga, atas gunung salji macam cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge.
Alhamdulillah berkat keazaman yang tinggi dari kecil tu akhirnya pada April 2018 berjaya juga menjejakkan kaki ke bumi Jammu dan Kashmir ni. Jom ikuti perjalanan saya ke Kashmir dan India ni.
Pada awalnya kami bertolak daripada KLIA2 dengan menaiki pesawat Airasia ke New Delhi sampai tengah2 malam tido lah dalam 4-5 jam pastu awal paginya dah kena gerak balik ke Airport untuk ke Srinagar, Kashmir.. Alhamdulillah sampai jugak Airport Srinagar ni setelah satu jam flight dari Delhi.
Srinagar
Sampai-sampai Srinagar kami terus check in Houseboat dengan menaiki shikara. Shikara tu adalah sejenis kenderaan ruji yang digunakan rakyat kashmir untuk menyeberang sungai dan tasik (padahal sampan je). Bandar Srinagar ni kiranya main town di Kashmir la atau nama lain dipanggil 'Bandar Musim panas'.
Kelihatan Houseboat mewah yang tersusun rapi di Dahl Lake. Dalam Houseboat ni macam istana maharaja penuh dengan ukiran kayu.
Shikara yang menjadi nadi utama pengangkutan di Sungai Jehlum dan Dahl lake ni. nak pergi masuk Houseboat mesti naik Shikara
Main attraction dekat sini pada waktu spring tidak lain dan tidak bukan adalah Mughal Tulip Garden yang merupakan Taman tulip terbesar di Asia! tak payah nak gi holland jauh2 kan? tapi tulip garden ni setahun hanya 3 minggu je tulipnya berkembang iaitu antara pertengahan March hingga April. dan nasib kami agak baik sebab time pergi tu langit cerah dan bunga berkembang dengan mekarnya!
Cantik kan? memang terbentang luas bungi tulip kat sini dan bewarna warni!
Muka excited dah sampai Kashmir, kat blakang tu boleh nampak kawanan tulip yang bewarna warni. dah macam lembu panggil kawanan.
Gulmarg
Hari kedua di Kashmir kami meneruskan perjalanan ke Gulmarg untuk bermain salji atau lebih dikenali sebagai 'Meadow of Flower'. Kenapa Bunga? sebab pada bulan Jun sampai August tempat pergunungan ni akan dipenuhi dengan Bunga yang bewarna warni setelah salji mencair. macam cerita Bobby Hindustan yang dia guling2 kat pergunungan berbunga tu dekat tempat ni la. tapi kitorang datang nak merasa salji. Pemandangan nak ke Gulmarg ni memang ternganga mulut sebab tengok gunung ganang dan pokok pine yang amatlaa cantik!!
Sedikit info tentang Gulmarg, salji dekat sini ada sampai pertengahan bulan May. Puncak kepada kawasan pergunungan ni nama dia Apharwat peak yang berketinggian 4390 meter dari paras laut. lagi tinggi dari gunung Kinabalu weyy. lepas tu dekat sini ada naik kena melalui Gondola yang ada Phase 1 dan Phase 2. di Phase 2 boleh la sewa ski.. tapii sebenarnya mahal juga ski dia sewa sampai hampir RM80 skali main. tapi kalau sampai sini saya cadangkan naik sampai Phase 2 la iaitu sampai Apharwat peak.
Tudia bila dah sampai puncak Apharwat yang berketinggian lebih 4000 meter. seriously lawa dekat sini dapat tengok seluruh lembah Kashmir!
Sampai dekat atas ni kami terus rasa pening-pening dan susah nak bernafas sebab kesan High Altitude Sickness (AMS) tapi sebab first time jumpa salji kan so pening-pening tu terus hilang kejap kat atas ni sebab excited.
dapatla juga hajat nak main ski walaupun mahal. gambar acah-acah sikit.
Pahalgam
Destinasi hari ketiga kami ke Kashmir adalah lembah yang bernama Pahalgam yang terletak di bahagian barat Banjaran Himalaya. Perjalanan ke sini mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Bandar Srinagar. Sepanjang perjalanan ke sini akan lalui kawasan sungai2 dan hamparan ladang mustard yang terbentang luas. Ladang mustard ni la tempat cerita hindustan slalu guling2 tu.
Cantik kan? padahal bawah tu penuh dengan najis lembu sebagai baja
Acah-acah Rahul dalam cerita Kuch Kuch Hota Haik!
Sampai je di Pahalgam kitorang terus sewa kuda untuk mendaki sampai ke dataran yang bernama 'Baisaran'. Bayangkan naik kuda untuk mendaki selama sejam. fuh kebas punggung. Sepanjang jalan naik kuda tu pemandangan dia jangan cakapla.. lawa gilaaa..
Ni antara pemandangan kitorang masa atas kuda tu. pemandangan dia very the magnificient!
Setelah kebas punggung sampai la kami dekat tempat yang bernama Baisaran ni. Ala-ala mini alps kat switzerland laa..
Aman damai je duduk sini. tak nak balik boleh tak?
Hari keempat ni kalau ikutkan kami bergerak terus ke Sonamarg, tapi dalam perjalanan tu kami ditahan pihak tentera India tak benarkan kami lalu jalan ke Sonamarg sebab ada strike berikutan kes seorang kanak2 kashmir mati dirogol orang kenamaan india. Kat kashmir ni askar india merata. ye la sebab orang Kashmir nak merdeka dari india dan kat sini nampak macamana rakyat kashmir ditindas. kesian sangat. Semoga Kashmir mendapat kemerdekaan kelak inshaallah. Oleh kerana jalan ke Sonamarg tutup, kitorang tukar plan untuk ke Doothpathri pula.
Doodhpatri
Nama Doothpatri berasal dari perkataan 'River of Milk'. Ada sejarah disebalik nama ni sebab dulu ada seorang wali Allah nak solat dekat sini dia nak wudhuk lalu dipukul tongkatnya ke tanah dan keluarlah sungai susu dekat sini. tapi dia minta sebenarnya air sungai biasa bukan susu untuk berwhuduk. begitula serba sedikit mengenai sejarah doodhpatri.
Perjalanan ke sini mengambil masa dua jam dan seperti biasa, kami disajikan dengan pemandangan gunung ganang dari banjaran Pir Panjal.
dalam perjalanan kami stop kejap ambil gambar dekat kaki gunung yang ala-ala swiss alps ni
Ni lah agaknya sungai yang dikatakan keluar susu tu. kat sungai ni pun boleh nampak salji kat tepi2 lereng tu.
Lagi satu tarikan di Doodhpatri ni adalah ladang bebiri. seluas alam padang bebiri dekat sini. gambar kat atas ala-ala pengembala bebiri.
Sonamarg
Oleh sebab semalamnya kitorang dah down tak dapat pergi sonamarg. hari kelima ni kami mencuba nasib lalu jalan yang sama awal disekat dulu. dannnnn....alhamdulillah kali ni lepas!!!
Sonamarg ni dalam erti kata lain bermaksud 'Valley of the Gold'. jalan ni merupakan pintu masuk laluan sutera ratusan tahun dulu. Lembah ni berada betul2 ditengah banjaran Himalaya. dan bagi perjalanan ke Sonamarg ni mengambil masa 3-4 jam dari Srinagar. tapi pemandangan dia paling cantik antara semua tempat.
Antara pemandangan sepanjang jalan ke Sonamarg, Banjaran Himalaya di hadapan itu
Perjalanan daripada pekan Sonamarg ke Thajiwas glacier ni kena naik kuda. Jalan kaki pun boleh tapi sebab hujan rintik2 taknak kasut kotor kami naik kuda. kat Thajiwas Glacier ni ada sungai melintasi.
Thajiwas ni kira tempat paling sejuk kitorang merasa di Kashmir. hujan pulak tu. Kat sini la diorang dok shooting dalam cerita Baajrangi Bhaijaan scene rentas sempadan tu.
Begitula serba sedikit pengalaman di Bumi Kashmir ni. Ikutkan Kashmir ni teramatlah cantik.. dan dekat sini dapat la merasa musim sejuk dan musim bunga sekaligus..orang dia pun baik2.. kitorang sempat dijemput menghadiri majlis kahwin orang Kashmir ketika melawat Masjid tertua di sana. diorang suka orang Malaysia datang. mungkin sebab saudara seagama. siap masuk video interview majlis kahwin diorang dan dijamu makan lagi. Makanan di Kashmir ni pula teramatlaa sedapp.. Beriyani dia paling sedap pernah makan sepanjang hidup.. Inshaallah ada rezeki boleh datang lagi.
Cuma dari Airport Srinagar nak ke Delhi tu pemeriksaan dia ketat yang amat. dekat 5-6 checkpoint kena lepas. Askar check, imigresen check, crew kapal terbang check, polis check. Ada satu part tu kena tahan dengan polis Airport dia sebab dia tengok muka saya merah-merah dan dia ingat saya mabuk dan tak bagi naik flight. Padahal merah sebab sunburn.. aduiilaa.. member selagi barang dalam beg dia suruh keluarkan..leceh jugak..
Apa-apa pun Kashmir sangat best dan murah. nanti oneday nak datang musim lain pulak. bye-bye Kashmir! semoga bumi saudara seislam ini dilindungi Allah sentiasa.
No comments:
Post a Comment