Kalau sebelum ini sebut sahaja Bandung, mesti terbayang dalam kepala tempat shopping murah kan? kasut, jaket, beg, baju dan kain murah. Bandung menjadi tidak asing bagi rakyat Malaysia sejak daripada tahun 90-an lagi. Namun kali ini tak nak lah ceritakan pasal shopping di bandung tetapi lebih kepada tempat-tempat menarik untuk dilawati. Jom ikut!
Tangkuban Perahu
Tangkuban Perahu ni jaraknya dalam 2 jam perjalanan daripada Kota Bandung dan berada di Daerah Lembang. Tempat ni merupakan kawah gunung berapi tidak aktif dan dikatakan penah meletus pada tahun 2013. Suhu di sini sangat sejuk sekitar 14 darjah celcius dan sepanjang perjalanan ke sini, anda akan dihadiahkan dengan pemandangan yang menarik seperti kebun2 strawberi dan juga ladang teh. Tapi nak bagitau awal kat sini ramai gila yang penjual2 barang mengejar kita. sampai naik rimas. ada yang mengaku wakil pemerintah dengan menunjukkan identiti kad palsu. Hati2 ya di sini.
Time ni sejuk dan angin kuat kat atas ni.
Rainbow Floating Market Lembang.
Floating Market ni berada dalam perjalanan balik daripada Tangkuban Perahu, tempat dia cantik ada floating market macam kat Thailand tu dan tasik besar yang penuh dengan landscape warna warni. Kat sini makan kat floating market tu guna coin khas yang kena tukar dulu siap2. suhu di sini pun sejuk ala2 cameron highland.
Ambil gambar sebelum kaki termasuk dalam selut di sawah padi
Dusun Bambu
Sama juga seperti Floating Market, lokasinya juga antara jalan dari Tangkuban Perahu ke Kota Bandung. Sampai sini wajib untuk makan strawberi Juice dia. Sedap. Kat sini ada banyak juga taman2 langskap cantik dan unik. Tengokla sendiri gambar di bawah.
Tempat makan atas pokok yang berbentuk seakan-akan sarang burung.
Rumah peranginan atas air di tasik. tempat ni sangatlah cantik. nak pergi ke tu boleh naik boat.
Kawah Putih, Ciwidey
Haa, ni tempat paling nak highlight kat Bandung ni. Sangat Cantik, Tasik bewarna Turqoise dengan asap2 ala2 bunian. tapi nak sampai sini kena la 2 jam naik gunung lalu jalan yang sangat azab. tapi once dah sampai berbaloi sangat2.
Cantik kan? tasik dengan suhu sekitar 14 darjah celcius.
Seolah-olah dunia bunian.
Ok tu sajalah pasal trip ke Bandung kali ni. yang lain nya of course la shopping kan. Pasar Baru, Chempelas bagai.
No comments:
Post a Comment