Followers

Sunday, August 5, 2018

Trip Budget melihat Angkor Wat di Kota Siem Reap


Dulu selalu tanya Melayu ni datang dari mana? dari India? dari China?haaa tetiba kan starting dah soalan macam tu. Ok sebenarnya nak cerita trip pendek selama 3 hari 2 Malam di Tapak Warisan Dunia, Khmer Kingdom di Siem Reap, Cambodia. so apa kena mengena dengan soalan tadi dengan trip kali ni? 



Nak dijadikan cerita memang daripada dulu lagi meminati sejarah di Asia Tenggara ni. Nak2 kalau ada related dengan sejarah ketamadunan Melayu. Oh ya di Cambodia ni ada lah susur galur keturunan Melayu Champa. Memang tak pelik kalau makan dekat kedai dia tetiba ada orang cakap melayu. So mengikut sejarah purba di Cambodia ada dua main community di sini iaitu daripada susur galur ketamadunan Khmer dan Champa. ok hari ni nak ceritakan berkenaan trip ke tapak tamadun Khmer dahulu, Siem Reap!

Secara ringkas, Siem Reap ni merupakan antara kota ketamadunan yang termaju di dunia pada kurun ke 11-13 dan zaman paling gilang gemilang adalah ketika Angkor Wat dan Angkor Thom siap dibina. Memang dah lama sebenarnya nak jejakkan kaki di sini tengok Angkor Wat dengan mata kasar sendiri. Jadi plan dengan member office terus rancang trip spontan ni. 

Perjalanan kami daripada KLIA2 ke Siem Reap International Airport mengambil masa selama 2 jam. Sampai je lepas check in dan beli ticket untuk esoknya. kami terus ke Pnomh Bakhaeng, satu bukit yang ada peninggalan temple diatasnya.

Pnomh Bakhaeng

Ok mula2 sampai ingat macam dekat je tempat tu. Tuk2 berhentikan kami dibawah dan kami kena jalan kaki mendaki bukit. skali haaa ambek memang jauh jugak la nak kena daki sampai2 tu. Tapi sebab nak kejar sunset punya pasal pegi la jugak.


So ni la dia Bukit Pnomph Bakhaeng ni. memang cantik. dari atas ni boleh nampak Tasik Tonle Sap, tasik yang terbesar di Asia Tenggara. so lepas tu kami balik dan rehat di hotel untuk aktiviti malam bersiar2 di Bandar Khrong, Siem Reap.


Bandar Khrong, Siem Reap

Settle semua malam tu kami meronda2 di Bandar Khrong ni nak tengok apa yang menarik. Boleh dikatakan Bandar Khrong ni macam Phuket versi sopan la. memang meriah tapi tak sehuru-hara seperti di Phuket. Kami menginap di Hotel Sok San Street Boutique Hotel. Pilih hotel ni sebab dia dekat dengan kawasan meriah dan juga dekat dengan perkampungan Melayu Champa Muslim di sini. Senang nak cari makan. jalan kaki dalam 4 minit je sampai.


So inilah Pub Street yang terkenal di Bandar Khrong ni. memang cantik bila waktu malam penuh dengan lampu2. Dekat area ni juga ada Night Market yang segala macam barang ada jual. satay kala jengking dan lipan pon ada. 


Sunrise di Angkor Wat

Keesokannya kami bangun awal sebab nak tengok sunset di Angkor Wat. Khabarnya indah jadi nak tengok sendiri. tapi kami datang Angkor Wat ni semata nak tengok sunrise je lepas tu terus gerak ke Angkor Thom cepat2. tujuannya nak elak crowd yang terlampau ramai. Kami pilih jadual yang berlawanan daripada jadual normal crowd lain. Plus, melalui bacaan awal kami, Bayon dan Victory Gate sangat cantik pada waktu pagi.


Tudiaaa, haa nampak tak cantik gila sunrise di Siem Reap ni. kat sini ada juga yang jual Coffee sarapan bagai dengan harga USD1 - USD 4. haa kat sini memang pakai USD ye.


Victory Gate

Dapat je snap sunrise yang cantik kami terus gerak ke Angkor Thom. Ok pada siapa yang taktau Angkor Thom ni kira macam satu bandar purba yang dikelilingi tembok. Dalam tu adalah ancient ruin seperti Bayon, Victory Gate, Elephant Temple dan etc. ikutkan Bayon ni kira main dia la di Angkor Thom ni. tapi sebab dia buka pukul 7.30 pagi (8.00 pagi waktu Malaysia) so kitorang pun pergi la dulu Victory Gate dulu sebab nak elak crowd.

Ok adalah drama pendek masa nak pergi sini, mula2 kitorang cakap kat driver tuk tuk kitorang bawa pergi Victory Gate ni dan dia angguk2 dengar je. kitorang pun ok je lah. so masa dah sampai Angkor Thom tu tetiba dia lalu kawasan lain jalan tanah merah yang memang takde orang macam masuk hutan.. dan di hujung jalan tu ada satu Gate yang usang dan takde langsung kelibat kehidupan dekat situ penuh dengan pokok2 menutupi gate tu. rupa-rupanya dia pegi bawa kitorang pergi Gate of the Death! haa mati.hahaa memang cuak jugak la kat situ. tapi last2 lepas ajar dia mana satu Victory Gate baru dia pergi. kelakar jugak la orang tempatan sendiri taktau Victory Gate ni.



So, inilah dia Victory gate tu. memang lengang! dan cantik sangat Artisan Khmer ni buat ukiran. sebenarnya dekat sini ada 4 gate utama dan satu gate yang paling cantik ketika waktu pagi iaitu Victory Gate. sebabnya? sebab time ni gate ni dimandikan dengan cahaya matahari dan kelihatan keemasan. Kenapa nama dia Victory Gate ni sebab dikatakan kalau King Khmer ni menang perang dia akan lalu ikut Gate ni untuk sambut kemenanganlah. kiranya siapa lalu bawah ni pemenang lah ye. Tahyul betul. hehe..


Bayon

So pukul 7.30 pagi kami terus bergerak ke Bayon, Dekat je Bayon ni dari Victory Gate dalam 2-3 minit menaiki tuktuk. So apa yang boleh diperkatakan senibina di Bayon ni amatlah cantik. Batu-batu laterit digunakan dan diukir dengan teliti. tak terfikir macamana orang pada zaman kurun ke-11 boleh ada peralatan mengukir yang macam tu.


Ni lah dia Bayon Temple. Nampak tak keemasan warna dia bila disinari matahari pagi.sebab tu better datang sini pagi. kelebihannya akan dapat view yang cantik dan lengang tak ramai orang.


Merenung diluar jendela la konon. eceh. kat sini banyak tingkap2 macam ni


Ta Prohm

Seterusnya setelah pusing habis naik tangga turun tangga kat Bayon, kami terus ke Ta Prohm. Ok pernah tengok Tombrider Lara Croft? akak Angelina Jolie yang berlakon tu. Pun sama di Ta Promh tak ramai sangat orang sebab time ni Mainland China Tourist tengah serang Angkor Wat lagi. so yang ada pun geng2 mat saleh je la. 

Apa yang boleh dikatakan, Ta Prohm ni macam ruin yang hampir ditelan hutan la. akar2 pokok berselirat disebalik runtuhan2 bangunan. memang cantiklah tempat dia. padanlah sis Angelina pilih tempat ni untuk shooting Tombrider


Haa nampak tak akar pokok dia berselirat kat sini. berani tak malam2 tidur kat sini?


Angkor Wat

Ok last skali kitorang pergi Angkor Wat ni. tadi pagi sempat ambil sunset je kali ni masuk explore terus. Angkor Wat ni merupakan kebanggaan bagi rakyat Cambodia la terutamanya Khmer. Terdapat 5 menara dekat sini yang setiap satunya mewakili gunung dalam agama hindu. dan Angkor Wat ni besar ok. sangat2 besar dan tangga2 di sini amatlah curam. jadi kena hati2. dalam ni boleh tengok macam2 la termasuk kolam mandi diraja, library, menara2 dan juga ukiran-ukiran penari yang dipanggil 'Apsara'. memang beribu rasa lukisan Apsara ni.


Salah satu daripada tower tadi. tangga dia tu naik kena mengesot agaknya. yes tinggi dan curam


penari apsara pada ukiran dan penari apsara real life


ni lagi satu gambar menara dengan tangga 


i think the best part di Angkor Wat ni dekat lorong ukiran ni. boleh nampak sebuah penceritaan sebuah peperangan antara tentera melawan demon katanya. setiap ukiran berbeza2 dan sangat detail. hebat artisan Khmer ni.


Kesimpulannya Siem Reap ni memang best sangat2. terutamanya pada yang minat utk short vacation utk explore sejarah. Dulu slalu terfikir buat apa pergi Siem Reap tengok batu je. dah pergi baru tau betapa 'Wow'nya tempat ni.

So ni anggaran kos asas utk rujukan:

KOS

Ticket Flight (Return) + Hotel (2 malam) = RM450 

Ticket masuk = USD 37 (RM150++)

Tuk-Tuk= USD 14 (RM56) (3 hari/person)

Makan=(Daging bakar,lembu naik bukit,nasi goreng + air buah) USD 15 (RM60)

Jumlah: RM716 

So takdelah mahal sangat kan? ini pun kalau beli ticket awal boleh dpt lagi murah. so apa lagi boleh la lepas ni pergi sini. memang best sangat2.

TIPS

  • Beli Ticket untuk Angkor Trip tu petang sehari sebelum nak pergi siap2. So tak payah bratur panjang pagi dan boleh kejar sunrise pagi tu di Angkor Wat.
  • Cuba cari driver Tuk Tuk yang boleh berbahasa Melayu dan Muslim ( Melayu Champa) supaya tak mengalami kesukaran nak tunjuk tempat makan dan tempat yang kita nak pergi
  • Tak payah rushing pergi Angkor Wat time pagi sebab time tu memang pelancong Mainland China tengah ramai di Angkor Wat. Just datang awal pagi untuk sunrise sahaja lepas tu cepat2 gerak ke Angkor Thom, Bayon dan Ta Phrom. memang lengang.
  • Waktu pagi adalah waktu paling cantik untuk tangkap gambar di Bayon, Victory Gate, Ta Phrom
  • Makanan yang mesti try adalah bagi saya kedai muslim daging Bakar di Street 60 waktu malam. perghh sedap gileee yang amat dan tak ramai orang tau. lagi sedap dari hidangan 'lembu naik bukit'.
  • Kalau nak tawar tu tawar harga sehabis rendah. kalau taknak tak payah ambil nanti dia sendiri yang pujuk balik suruh beli harga murah
  • Kena melawat masjid di perkampungan muslim. dapat tengok sekolah agama anak2 Melayu Champa dekat sini.











No comments: