Followers

Saturday, May 18, 2013

Ambil Angin Petang

Assalamualaikum,

Berbulan lamanya mengharungi dunia kesibukan,
kesibukan yang selalu muncul dari mana-mana arah,
datang kerja dari atas bawah kanan dan kiri,
Datang tak henti-henti,

Alhamdulillah selepas selesai semuanya tuhan memberi sedikit masa untuk merungkai semula segala tekanan,
Tanpa dirancang, tanpa di diatur,
Mengambil keputusan untuk membuat percutian singkat ke Kota Singa.

Bertolak seawal 10 pagi dari Terminal Larkin bersama beberapa teman seangkatan,
mengambil bas terus ke Queen Street Singapura.
Melalui lorong-lorong yang sesak dengan orang asing di Bugis Road,
Pemandangannya jauh sekali berbeza dengan Malaysia,
walau beza hanya sekangkang selat Tebrau.

Didalam tengah-tengah kota yang padat itu,
Tiba-tiba ditepuk dari belakang dari entah siapa,
Tersenyum lebar seorang sahabat baik lama semenjak dari tingkatan 1,
Lega akhirnya bila Tourist Guide kami dah sampai. hehe..

Di dalam perjalanan kami bertukar tukar cerita dan pengalaman sepanjang hampir 9 tahun tidak berjumpa,
Siapa sangka rakan yang sama-sama merepek ketika di sekolah, kini merupakan seorang Presiden Hall di National University of Singapore (NUS). Orang kita pulak tu. Bangga beb.




Bersama bakal pengganti Einstein, Engineer wanita dan pakar carigali petroleum.




Berhadapan dengan Marina Bay kapal, di atas langit.

Sungguhpun travel trip ini hanya satu hari namun pengisiannya agak bermakna,
Bila berjumpa kembali rakan-rakan lama,
 kita akan ingat kembali siapa diri kita satu masa dahulu,
dan berapa banyak perubahan yang telah berlaku,
secara tak langsung menjadi 'Reminder Clock' untuk menilai kembali hidup kita,
Mengingatkan kembali apa yang kita usahakan dan impikan satu masa dulu,
adakah konstan sehingga kini.



Cik F berhadapan dengan Cloud Forest Colosseum 



Cik N di Hutan Simpan Avatar




Reminder 10 tahun yang lepas memikirkan bagaimana nak selesaikan puzzle dalam Game Pokemon dan sekarang memikirkan bagaimana nak menyelesaikan masalah negara masing2.

Perjalanan diakhiri dengan menikmati angin petang di hadapan Marina Bay


7 comments:

sharul izam said...

cantik gambar . best la g spore

Zai Zamree said...

gmbr di S'pore yg lari dr kebiasaan...nice...

sakuraspicelife said...

nk gi gak.tp xtau biler.hehe

Unknown said...

datang melawat disini...

Umi Anaan said...

Salam..Untung la ada kawan buat peneman cuti, travel & berbual. Memang hidup ni kena ada break kejap kan. Ambil angin petang pun jadilah.

Unknown said...

nice

Anonymous said...

gambar last kali nice view bro .