Followers

Tuesday, October 11, 2011

Kisah Pakcik Senyum :)

Ada satu crita nak share dengan korang. tapi pandai2 lah korang simpan crita ni. jangan bagitau sesape pliz? ok2 meh nak ceta sket. Malam tadi aku lepak makan dengan member2 aku dkat gerai seksyen 2 shah alam.biasanya aku lepak warung2 je beb.aku bukan orang kaya pon nak makan tempat mahal2. bujang pulak tu. eh boleh pulak tercakap kan.hahak..

Time tu sedang aku mengunyah tauhu bakar tiba2 aku ternampak sorang pakcik yg bertongkat dan berbalut kakinya datang dari meja ke meja mintak bantuan derma. ksian pulak aku tengok..meh la pakcik dtg sini..tapi bila sampai turn kat meja aku dia boleh tak singgah pulak kan. mungkin kami nampak miskin agaknya.

Tapi apa yang memelikkan aku bila aku perhati lama2 ak prasan dia macam boleh jalan macam biasa lepas lalui kawasan yg tk ramai org. mak aih..minum kopi Longjack ape pakcik ni?

Sebenarnya agak pelik dgn keadaan ni. dah lama diperhatikan dari dulu..gejala penipuan sebegini..seolah2 macam tak wujud jabatan kebajikan masyarakat nak memantau perkara2 ni. apa yang aku dapat tahu sekarang ada sindiket penipuan dan pemerdagangan manusia yg menggunakan mereka2 ini utk meraih simpati org ramai dan mendapatkan keuntungan yang haram seperti ini..kadang2 ksian tgok mereka2 yg dipergunakan ni. ada yang budak lbih kurang sebaya dgn adik aku lagi tu. Cuba bayangkan kalau terkena dekat adik2 kita sendiri.sanggup?

Diharap dalam sibuk negara kita ingin mencapai status negara berpendapatan tinggi jgnlah kita abaikan mereka2 yang teraniaya ni..bukan setakat mereka2 ni je, jumlah 'homeless' tido tepi2 jalan diibu negara juga dapat kita lihat semakin meningkat. apa sudah jadi ni? eh teremo pulak dah.hahah..

bagi aku, eloklah kalau diwujudkan rumah2 khas utk mereka2 ini berteduh dan tidur dan rumah itu hendaklah diselialah bg mengelakkan perkara yg tk diingini berlaku... dan bagi kes pemerdagangan manusia ni, apa yang boleh kita lakukan adalah dengan melaporkan ke pihak berkuasa. jika ad sebrg kecurigaan nampak je van angkut depa semua ramai2 ambil no kreta tu n bagi dkat pihak berkuasa..ini bukan perbuatan khianat tapi adalah utk menyelamatkan mereka2 yg tk bersalah ini dari dipergunakan sebegitu..tengok kesian kat depa suma nih. jadi apa tunggu lagi? ANDA BOLEH lAKUKAN?? cewah mcm rancangan suara bukan sekadar rupa pulakkan. tetibe. yeah! jom kita lakukan bersama membanteras gejala ini!


bersama firmmates yang bakal mengubah dunia.hehe :p


p.s: walaupun mungkin duit yang diberi tidak sampai kepada yang hak. tapi pahala sedekah itu tetap insyaallah kita dapat. :)

15 comments:

FaiZaH Fyn said...

selalu jumpa orang2 yang dah tua tunggu depan bank..kadang2 fikir jugak memang betul2 susah ke atau ada sindiket..

Rtp Farra Arisha said...

so pity to the victims. mereka tidak bersalah, but mereka tlah dipergunakan. :( emm, perkara macamni patut dibanteras. di jakarta, at my place pun di pinggir jalan slalu ada anak2 kecil minta uang sana sini. kesian mereka :(

Unknown said...

hurm...yang penting niat asal kita nak bersedekah...bila org tu tipu kita,,,tu urusan dia dgn Allah...

IMANSHAH said...

selalu doa, sedekah

Anonymous said...

For the first time in history, your post makes me want to cry out of anger. Seriously.

Human trafficking business makes billions using those people. It sickens me. They're using men, women and children in lots of things: mintak sedekah, prostitution and stuff like that.

Seriously, I feel sick. Really sick. The people that they're using are someone's parent/child/brother/sister/friend/spouse. It makes me wonder why and how some people can be so cruel.

By the way, I like your idea. Hopefully, it will turn into reality ^_^

PS: Looks like I'm not as emotionally detached as I think I am. Yay!

Anonymous said...

bakal peguam...:):) semoga terus kuat mendukung cita cita:)

amirah anis said...

entry yg sgt menarik..yer betull...walaupun mungkin pemberian kita tu xsampai ke tmpt sepatutnya, bg je lah..atleast pahala memberi tu kita dpt..

lagi satu..psl tmpt utk homeless tu..dah ade satu dah kt kL...bwh Kem.Wanita bla bla...

and every weekend, ramai je students join NGO utk bg mkn kat homeless...

ni antara usaha kita..why not one day encik Dosh, come and join those people?

^_________^

reenapple said...

yeah.. kita setuju dgan pendapat kamu... =)
terlau bnyak penipuan fakta tao dalam dunia nie.. so nak be aware cam susah sebab kita tak tahu yg mana 1 betul
p/s-nice entry.. =0

namasayakechik said...

statement npk miskin tuh jujur sgt :)

Dosh Saleem said...

faizah,farra risha,azham,imanshah,diyana,reenaple..hahah..btol kan?

amirah anis: yeah, there are sort of program dan ngo yg turut terlibat didalam perkara2 seperti ini. contohnya food not bomb,jalan2 bagi makan etc.in fact im part of these group too..ttp adalah lebih baik sekiranya ianya bersifat binding iaitu wujudkan satu badan kerjaanyg secara specificnya diwujudkan utk menangani fenomena ini. badan kebajikan masyarakat sahaja tidak cukup utk mennyelia masalah ini. utk mendapatkan impak yg lebih baik,wujudkan satu bdn yg lebih specific dan bersifat binding. huhu

noraauliyya said...

kena jaga2 lah org2 mcm ni , sekarang ni depa pakai taktik baru , ketuk pintu rumah konon nak tanya jalan or mintak sedekah , belakang tangan ada parang . tak ke haru macam tuh . hadoi .... malaysia dah tak selamat .

nieysa:) said...

HA HAA ! macam2 kan ?
sbar jelaah (:

Siti Nur FarihaH said...

huish..ni kalo wat karangan dlm exam, kompom dpt a abg,,hehe

saya hafeez said...

good bro !

Ain Zulaikha said...

oh dunia dah tak selamat sekarang ni.. guna2 kan orang utk kesenangan diri sendiri, lagi2 sindiket guna2 anak yatim tuk minta derma.. not nice.