Followers

Sunday, December 3, 2017

Menyusuri Bandaraya Sydney dan Bondi Beach

Sebelum ini saya ada menceritakan pengalaman saya ketika bermusafir di New Zealand. Kali ini pula saya ingin  menceritakan sedikit berkenaan transit 3 hari saya ketika berada di Bandaraya Sydney untuk transit ke  Bandar Christchurch, New Zealand. Jom ikut saya jalan2 kota Sydney!

Kami bertolak daripada Kuala Lumpur lebih kurang jam 10 pagi dan 8 jam kemudian baru sampai ke Airport antarabangsa Sydney. Ok kalau ke Sydney ni kena pastikan declare dulu barang apa yang kita bawa. Imigresen di Airport Sydney ni antara yang terketat di dunia. Kelam kabut juga bila tak declare nanti kena denda yang amat tinggi dan disoal siasat dengan imigresen dekat sini.

Oleh kerana Sydney ni hanya sebagai transit, jadi kami hanya sempat berjalan di sekitar Bandar Sydney  dan Bondi Beach sahaja. 

Masa kami tiba di Sydney ni kira musim luruh. Nampak je dalam gambar ni macam panas terik padahal suhu dia tepi pantai ni lebih sejuk daripada Cameron Highland. Nyaman je rasa. Gambar kat atas ni masa kali pertama sampai di Bondi Beach. Transportation di sini mudah, senang je sampai tempat ni dari bandar Sydney. kami naik train dia lepas tu naik bas dari Bondi Junction terus ke Bondi Beach. Pemandangan kat sini memang Superb!


Daripada Bondi Beach ni boleh ke Tamarama Coastal Walk, sepanjang perjalanan ni akan dapat lihat laut yang terbentang luas dan jangan risau, walau matahari terik tapi kat sini tak panas. nampak ramai juga mat salleh jogging dekat sini. kita pun acah2 jugaklah.


Antara Pemandangan di Tamarama Coastal Walk


Haaa pada petang yang sama, balik je daripada Bondi Beach terus balik semula ke Bandar Sydney until melihat Sunset dan suasana petang di Bandar Kanggaroo ini. Sempat lah Bergambar di mercu tanda utama Sydney, the Sydney Opera House. 


Berpicnic ala2 mat salleh, sambil menikmati waktu petang berlatar belakangkan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge.



Pandangan Panorama Sunset di Kota Sydney


Keesokan harinya sebelum kami sempat bertolak ke Christchurch New Zealand, pagi tu kami bergerak ke Sydney Fish Market yang terkenal dengan hasil laut segar. Jenuh jugak la jalan kaki tapi memang berbaloi!


Sedapnya tengok kan?. tapi harga dia pun menangis tengok.



Sebelum menunggu flight kami petang tu, sambil habiskan masa, singgah jap pergi Darling Harbour. Kat sini boleh tengok banyak burung camar berterbangan macam burung gagak. Jakun jap!


Bendera Australia berkibar megah di Darling Harbour.

Sebenarnya hari tu banyak juga yang kami ronda. Contohnya Sydney Asian Market dan Sydney Botanical Garden. Tapi tak sempat ambil gambar sebab sibuk shopping dengan jalan2 tempat lain.

Petang tu kami terus berangkat ke Airport utk ke New Zealand. Pengembaraan kami seterusnya ada di link di bawah:



No comments: