Followers

Sunday, June 19, 2022

The End

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar  hampir tiga tahun aku tak menulis apa2 di blog ni. dibiar usang bagai tak bernyawa jadinya. Aku sebenarnya tengah drive pusing2 tanpa arah di area KLIA  dan tiba2 tergerak hati untuk untuk menulis.  Entah kenapa tuhan gerakkan hati aku untuk berhenti dekat McD Stesen minyak ni.. Manalah tahu kalau2 ni post terakhir aku dekat sini ni. At least ada something yang aku tinggalkan..dengan merajinkan diri buka laptop dan order Ice blended Latte duduk mencari tempat yang ada plug charger.

Sejak kecil lagi aku dah tanya diri aku, apa tujuan aku kat dunia ni? apa yang aku nak dalam hidup? selalu dalam doa kita minta kebahagiaan dunia dan akhirat, apa definisi kebahagiaan? apa pengertian sebuah kehidupan ni? adakah belajar tinggi2, dapatkan result bagus, dapatkan kerja yang bagus, kahwin, ada anak, ada rumah ada harta n happy ending? aku selalu menggagapnya sebegitu..aku meletakkan kebahagiaan aku pada satu template kehidupan yang telah dicetak sejak sekian lama. Aku sentiasa menyusun langkah aku mengikut "template kebahagiaan" tu.. sehinggalah pada suatu ketika dalam hidup aku, pabila takdir aku lari dari template kehidupan itu, aku tidak tahu berbuat apa2..aku tercari2.. aku mencari mana silap aku.. aku mula sedar template kehidupan 'perfect' aku tidak terpakai lagi..

Dimana silapnya?

Tahun 2020 adalah tahun yang paling mencabar dalam hidup aku...Pada tahun ni Allah kurniakan aku dengan pelbagai rezeki dan nikmat dan pada tahun ini juga Allah bagi ujian yang paling besar dalam hidup aku dan paling menyedihkan dalam hidup aku..dan tahun ni juga merupakan tahun bila negara dilanda wabak covid19 ..(for record aku dah dua kali kena covid tp alhamdulillah survive).. 

Tahun 2020 ini Allah kurniakan aku rezeki untuk beli rumah sendiri di Putrajaya dan rezeki tukar kreta myvi aku yang dah dekat 10 tahun tu... Alhamdulillah sangat2 dengan rezeki yang Allah beri ni..aku sangat bersyukur atas titik peluh aku bertahun2 kerja teras dapat juga rumah sendiri tak payah menyewa dan juga kereta baru..


Doa selamat bersama family tercinta di rumah baru aku

Kereta baru aku Mazda CX5 Merah baby shark!


Tapi pada tahun 2020 ini juga aku diberikan ujian yang sangat besar dari Allah dalam hidup aku..Ada satu ketika akü hampir putus asa dengan hidup aku disebabkan ujian besar yang aku tanggung tu.. dengan keadaan PKPnya lagi.. tiada siapa bersama dengan aku waktu itu dan aku menanggung seorang diri..berminggu2 aku tak dapat tidur...makan minum entah kemana.. menangis sampai kering air mata.. dan pada waktu itu aku rasa semua benda dah tak bermakna lagi dałam hidup..

Tapi dihujung jalannya itu Allah datangkan orang2 tarik aku kembali..Mak aku, keluarga aku menjadi kekuatan untuk aku teruskan hidup dan bangkit..melihat mak aku bersusah payah demi aku dan betapa sayangnya dia dekat anak dia dimasa aku jatuh itu buat aku terus bangkit demi mak aku.. Alhamdulillah disebalik ujian aku, aku diberikan talian hayat dana kekuatan untuk aku teruskan kehidupan..

Mungkin ini semua ujian dari Allah  tanda dia sayang dekat hambanya yang hina ini..aku bersyukur sangat2 Allah temukan aku dengan orang2 yang baik dalam hidup, Allah  jumpakan orang2 yang berikan kebahagian kepada aku lepas tu..



Penguat semangat aku, Mak aku.. Alhamdulillah pada February 2022 dapat juga pergi umrah bersama2 mak. ini nikmat Allah yang paling besar Dia bagi kat aku

Kini, aku bersyukur sangat2 diberikan nikmat yang tak terhingga banyaknya.. disebalik struggle aku, Allah jumpa kan aku dengan orang yang baik, orang yang jaga aku, orang yang sentiasa sama2 dengan aku dikala aku susah dan senang.. .sesuatu yang aku amat2 hargai dan akan ku terus hargai hingga akhir hayat aku...

Aku cuma mengharapkan pengakhiran yang baik buat diri aku.. aku cuma mengharapkan aku dapat terus berbakti kepada ibu bapa aku..dan aku mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat..

Apa yang berlaku dalam hidup ini baik dan buruk ini sudah tertulis dari dulu lagi. Mungkin tuhan lebih tahu atas apa yang berlaku lebih dari diri apa yang aku tahu. Kita merancang A tapi jadi B begitu juga sebaliknya. Apa yang aku belajar dalam hidup ini adalah kita kena sentiasa redha dan jangan mengharap apa2 dalam sesuatu perkara. Letak harapan itu kepada tuhan kerana dialah yang maha mengetahui.

Kepada insan yang hadir dalam hidup aku dan menjaga aku dengan sebaiknya..terima kasih tidak terhingga aku ucapkan.. terima kasih atas kebahagiaan ini..perkara yang selalu diulang itu akan aku PANTIS dalam hati dan berjanji untuk meneruskan hidup dengan aman dan bahagia.

Sekiranya suatu hari aku sudah tiada di dunia ini, aku menyusun 10 jari untuk memaafkan segala kesalahan aku.. menghalalkan makan dan minum aku dan jangan lupa doakan aku dan sedekahkan alfatihah buat aku.. 


Ampunkan segala silap dan salah aku dan terima kasih atas segalanya.



DN 





No comments: