Followers

Tuesday, May 14, 2024

Trip to South Korea 2023

 

Friday, January 3, 2020

Pengalaman Mengembara ke Lijiang, Tanah Besar China



Kalau cakap pasal melancong ke negara China mesti terbayang Tembok Besar China, Pencakar langit di Shanghai dan Shopping di Guanzhou kan? Tapi jarang2 kita dengar orang melancong ke China untuk melihat tasik air biru dan gunung bersalji ala2 Swiss. 

Sebenarnya memang wujud tempat2 macam ni dekat China. Cuma belum Mainstream lagi. Jarak pun dekat je (dalam 4 jam masa penerbangan dari Kuala Lumpur) berbanding dengan Europe yang berbelas puluh jam.So, tak payahla nak bazir duit beli tiket flight sampai Europe sana untuk lihat tempat2 macam ni. 

Tempat yang dimaksudkan itu adalah Lijiang. Lokasinya di dalam wilayah Yunnan di selatan China. Antara sebelas negara luar Malaysia yang dah pernah pergi, Lijiang adalah tempat yang paling cantik yang pernah lawat sepanjang hidup. Kalah Kashmir ke, New Zealand ke, atau tempat2 lain yang pernah pergi. Ye, Lijiang. Beyond reasonable doubt paling cantik.  Ok meh start nak cerite ni.


Salah satu pemandangan normal di Lijiang


KLIA2 ke Kunming International Airport

Kami bertolak daripada KLIA2 ke Kunming pada jam 1.10 tengahari lebih kurang. Tiket tu beli time promo dalam RM600 lebih gitu untuk return flight tiket. Murah la kan. Sampai2 Kunming belum start apa2 lagi dah ada fenomena yang berlaku. Masa tengah2 beratur dekat imigresen masuk tu boleh pulak sorang mamat Mainland ni pergi kencing dalam botol air mineral dekat public. Pening kepala jap time tu nak hadam. Geleng kepala je lah mampu.

Kunming ke Lijiang dengan Menaiki ‘Sleeper Train’

Keluar dari airport kami terus naik teksi untuk ke Kunming Railway Station dalam setengah jam perjalanan la. Sampai2 je terkesima jap tengok Railway Station dia. Punyalah besar macam KL Sentral dah. Padahal Kunming ni macam ibu negeri je. Jakun la jap.

Oleh sebab kami dah beli tiket kat Klook awal2 jadi mudahlah proses nak naik train tu. Oh ye, kami naik sleeper train (1 bilik 4 katil) so dapat la jimat tidur hotel satu malam. Perjalanan dia makan masa 8 sehingga 9 jam untuk sampai ke Lijiang. Sepanjang perjalanan tu memang gelap la Cuma ada satu masa tu terjaga tengah malam tengok bintang dari dalam train fuh banyak yang teramat. Mungkin sebab tiada light pollution dekat situ.


Sejuk gila pagi di Lijiang!

Sampai di Lijiang Railway Station dalam pukul 5.30 pagi lebih kurang. Time tu sejuk dia sampai tulang. Cek suhu rupanya -5 darjah celcius. Tangan pakai glove pun dah macam nak beku. Nasib baik ada bas kat depan Station terus naik dan pergi ke Station Bas utama Lijiang untuk menaiki bas ke Tiger Leaping Gorge, Shangri La. Di situ nasib kami baik dapat kenal dengan dua gadis Singaporean ni. Since kami tak geti cakap Mandarin, diorang lah yang tolong kitorang belikan tiket kat kaunter. Ya jangan expect orang China tahun cakap English. Sepatah haram diorang tak tau. Macam ayam dengan Itik.


Tiger Leaping Gorge, Shangri La

So lepas 2 jam perjalanan tibalah kami di hotel penginapan kami, Tina Guest House. Bilik dia besar not bad dan di middle Tiger Leaping Gorge. Jadi senang nak kemana2 lepas tu. Dari Tina Guest House kami naik kereta ke Halfway Guest House untuk memulakan pendakian.

]

Tengok la sendiri betapa tingginya jurang tu.


Kami seterusnya memulakan pendakian di Tiger Leaping Gorge. Sepanjang laluan tu scenery dia sangat aweseome. Dah macam Grand Canyon Asia dah. Cumanya memang cuak gila la. Banyak lalui jalan2 yang selebar satu meter sahaja (ada yang setengah meter lebar) . Cerun dia macam bangunan 60 Tingkat punya tinggi. 



Cer tengok kedalaman gaung tu



Dah macam Grand Canyon versi Asia


Lepas 2-3 jam sampailah balik hotel kami di Tina Guest House. Time ni dah tak larat terus rehat.


Yangtze River, Middle Tiger Leaping Gorge

Keesokan paginya kami bangun awal2 untuk meneruskan trekking kami untuk sampai ke bawah Gorge. Perjalanan nak turun tu sumpah lagi ngeri dari yang sebelum ni. Serious jalan dia kecik gila dan kena lalui batu2 yang lebar dia ada yang sebesar tapak tangan je untuk pijak dan bawah tepi tu sungai deras. Dan banyak juga lalui ‘Sky Ladder’ dan ‘Sky Bridge’ dia. Nak tau apa cer google ‘Sky Ladder Tiger Leaping Gorge’ Masa tu rasa menyesal pun ada kenapalah pergi buat benda macam ni. Tapiii… bila dah sampai sungai tu memang terkesima dan terpana la melihat keindahan sungai tu.. 



Air Sungai dia deras gila!


 Grand Canyon Asia, Tiger Leaping Gorge!




Khabarnya sungai Yangtze ni sampai ke Delta Shanghai panjang dia


Settle hiking tu kami terus pulang ke Hotel dan bersiap2 untuk pulang ke pekan Lijiang melalui bas.


Lijiang Oldtown

Setelah tidur satu malam lepas penat Hiking bagai, esoknya kami plan untuk light activity je untuk recover balik badan (terutamanya kaki). So kami just spend the day dalam Old Town sahaja. Tapii skali lagi la impressed dengan Lijiang ni. Old Town dia punya senibina punyalah cantik. Kalah la Jepun macam kat Gionn dan Kiyumizudera. Dua tiga kali ganda lagi cantik. Dan Kawasan Oldtown dia sangat besar. Lepas tu kami merayau2 juga di Black Dragon Pool yang berlatar belakangkan Yulong Snow Mountain.



Memang Instagramable Town Lijiang ni!


 Payung lagi



Ni ikan2 di longkang je ni. serious.



Blue Moon Valley

The next day kami ke tempat utama untuk trip ke Lijiang ni. Blue Moon Valley! Dalam sejam lebih perjalanan dari pekan Lijiang. Sepanjang perjalanan, pemandangan persis New Zealand. Bila sampai atas sikit dah macam Switzerland, atas lagi dah macam Everest Base Camp. Memang cantik2 yang amat. Sungai dia biru bak kena nila je. Jernih pulak jangan cakap la.



Sumpah ni tempat paling cantik pernah pergi




 Bawah putih2 tu salji. Sejuk time ni weh!


Tasik dia macam cermin


Yak Meadow

Settle explore Blue Moon Valley, kitorang terus ke Cable Car Station untuk ke Yak Meadow. Yak tu sejenis binatang macam kerbau yang habitatnya di kawasan2 pergunungan seperti di Tibet. Yelah Lijiang pun dah kira dekat Eastern Tibet jugak. So nak naik ni van kami mendaki kawasan2 bersalji untuk sampai ke Cable Car Station.

Sepanjang dalam Cable Car tu Tuhan sajalah yang tahu perasaan melihat pemandangan yang amat2 cantik. Tak terkata cantiknya. Bersyukur kepada Allah diberikan peluang untuk melihat tempat2 sebegini. Pemandangan dari mata sendiri lagi cantik dari gambar yang diambil.


 Penat. Rehat jap.


 dah macam dekat Everest Based Camp pulak

So keesokan harinya kami pun pulang ke Hotel untuk berehat satu malam dan keesokan harinya bergerak kembali ke Lijiang Railway Station untuk pulang ke Kunming. Kali ni kami naik Bullet Train sebab nak jimat masa. Perjalanan 8-9 jam disingkatkan ke 3 jam.

Kunming City

Sampai di Kunming kami check in di The Hump Hostel. Hostel ni dekat dengan Masjid besar Kunming so senang nak cari makanan halal. So malam new year tu kami jalan2 pekan Kunming nak tengok camana diorang sambut New Year.

Kunming ke KLIA2

Keesokan harinya kami jalan2 kejap bandar dan terus bersiap2 untuk ke Airport untuk pulang ke Tanah air tercinta, Malaysia.

Secara Keseluruhannya, Trip ni memang best!  Pemandangan dia no 1 antara tempat lain yang dah pernah pergi. Lagi satu nak bagitau kos pergi sini murah berbanding tempat lain yang seakan dengannya. time ni All in lebih kurang RM2500 je include flight dan hotel dan transportation.

TIPS

·   Pastikan sebelum pergi China install VPN apps sebab dekat China ni dia block Whatsapp, Facebook dan Instagram. So VPN ni ah yang membolehkan Access kepada Social Media ni semua.

·    Dekat Area Tiger Leaping Gorge memang takde kedai makanan halal. Bawak siap2 Brahim ke Meggi dulu. Nanti dah sampai Ljiang dan Kunming bersepah kedai Halal Cina Muslim boleh cari.

·    Waktu terbaik untuk pemandangan yang cantik beserta langit yang clear adalan dalam bulan Disember sehingga hujung Februari. Waktu ni kira winter kira akan jumpe salji plus time winter dekat Lijiang ni taburan hujan dia rendah. So boleh la tengok Yulong Snow Mountain dengan clear tanpa kabus.

·       Sila bawak Aloevera Lotion atau apa2 cream pelembab kulit sebab time balik ni kulit dah macam kulit unta punya kering dan mengelupas. Dekat Lijiang ni walaupun sejuk tapi musim sejuk dia kering dan UV tinggi. So prepare la siap2.

·    Kalau naik TLG tu bawa lah ubat siap2 include pain killer atau paracetamol kalau semput ke nafas pendek ke. Sebab dekat Kawasan gunung tu mana nak cari klinik.

·       Sebarang transaksi dekat sini banyak guna Wechat Pay. So study dulu fungsi Wechat untuk tujuan translation dan pembayaran. 



-->