followers

Monday, July 8, 2013

Pilihan Hati

Assalamualaikum!

Akhirnya tamat juga tempoh sebagai peguam pelatih dalam kamar selama 9 bulan ni, alhamdulillah saya diakhir perjalanan saya ni ada rezeki yang datang hasil usaha, dan berkat doa mak ayah. chewah!



Tadi saya ada terbaca suatu artikel yang agak menarik untuk dikongsi,
berkenaan dengan "definisi sebenar Kejayaan"

Sesetengah menganggap nak berjaya mesti bekerja keras, rajin, kumpul duit siang dan malam. Ada pula menganggap berjaya itu mesti jadi doktor, loyer, engineer, baru dianggap berjaya. 

Tidak dinafikan sejak dari kecil kita telah didedahkan sebegitu,
dan impian sebenar kita kadang-kadang dipesongkan mengikut aliran skeptik masyarakat. 

Contohnya begini:-

"Saya suka melukis! saya nak jadi pelukis!"

Tetapi disebabkan jadi doktor atau engineer lagi stabil maka awak kena bercita2 jadi doktor!


Seperti juga di Malaysia, kalau pelajar yang agak cemerlang mesti dimasukkan ke kelas sains, jadi kalau pelajar berkenaan nak jadi ahli muzik, pelukis, kenapa perlu dimasukkan ke aliran sains?

Saya diberi pendedahan dari rakan saya yang belajar di luar negara baru2 ini yang menceritakan mereka sejak dibangku sekolah lagi telah diberi pilihan kelas ataupun Course apa yang mereka akan ambil. Ada banyak pilihan, siapa nak jadi pemuzik boleh masuk aliran muzik, siapa nak jadi pelukis masuk kelas seni, siapa nak jadi pelakon drama boleh masuk kelas teater. keseluruhan subject ini dijadikan sebagai subject "Core" bagi pembelajaran mereka bukanlah sebagai satu subject elektif.



Melalui sistem ini mereka sendiri yang memilih jalan hidup mereka, bukan ditentukan oleh sesiapa. dan hasil yang didapati adalah sangat memberangsangkan dimana masing2 perform dalam bidang yang diceburi. Yelah pilihan dan minat mereka sendiri kan.


Jadi bagi yang diluar sana yang baru nak mulakan hidup memilih kerjaya, jangan biarkan masyarakat atau individu lain yang menentukan masa depan anda. buat pilihan atas kehendak diri sendiri. kalau nak jadi Superman pi blatih silat sana. boleh?


meraikan dua rakan yang berjaya menunaikan cita2 mereka

Bagi saya kejayaan itu adalah kebolehan kita untuk mendapatkan sesuatu yang benar-benar inginkan dalam hidup. :)

P.S: Dulu cita-cita time darjah satu ada tulis nak jadi bomba alasannya sebab suka tengok lori bomba.

5 comments:

reenapple said...

Huuu.. setuju!
Aku masa kecik memang nak jadik arkitek atau interior designer sehinggalah Mami aku suruh masuk kelas Perakaunan masa form 4... Skang aku nak jadi Juruaudit/ Akauntan. :D

*Good luck, Tahniah n Happy Fasting. :)

Diyana Munira said...

I ingat lagi the time I kena lecture dengan parents I pasal pilihan 4 UPU is Diploma Seni Persembahan (Seni Layar) (kira nak jadi filmmaker). Some reasons are that filmmakers don't really generate monthly income (kalau film dapat sambutan, dapt lah duit) and that industry most of the time pretty face semata-mata, which is true lah.

Not saying that I don't like law but the thought of having your ideas come to life is pretty cool.

And, it's true what you said. Other countries stream based on your career choice which is cool. They can actually optimize your potential and talent and polish it up a bit.

Tapi, our education is somewhat screwed lah. My sis is taking SPM this year and guess what? New ruling: Budak Science stream masa sekolah menengah tak boleh ambik non-Science course masa universiti. Meaning kalau you Science Stream, you tak boleh ambik law, mass comm, business, music, etc. Screwed right?

BUNDA a.k.a KN said...

salam ukhuwah dan salam ramadhan al mubarak dari bunda..

Fezul Fadhley said...

nice :)

misspurple said...

HAHAHA kecik2 dulu minat giler laa nak pomen kete,tapi pakcik pomen tuh cakap "Nanti belajar pndai2 jgan jadi macam acik" Teruss lupakan niat tuh. Tapi,minat still ada :)