followers

Sunday, April 28, 2013

Dari ulat jadi kepompong

Assalamualaikum,

Lama sudah tak menulis sepatah lima kata di blog sendiri,
Nak kata sibuk memang ya, sangat sibuk,
semakin berjalan masa semakin banyak perkara yang datang,
Aih.. dunia dunia,

Apa yang kau mahu sebenarnya?
apa yang kau betul-betul cari dalam hidup?
pernah soal diri sendiri?

Di dalam satu tahap kehidupan akan datang beberapa fasa penting yang membawa kepada perubahan diri,

Sewaktu kecil


 kita diajar oleh ibu bapa kita tentang  segala-gala asas kehidupan,
diajar cara makan, diajar mengaji, diajar membaca, dan segala-galanya yang tidak pernah terbilang kalau disebut satu persatu. 
 kita diajar tentang apa yang baik dan apa yang tidak untuk diri kita,
Sehingga kita sudah boleh mula berdikari hingga kini tidak henti didikan itu..

Sewaktu Alam Remaja

Di waktu ini kita melangkah kealam mengenal rakan dan sahabat,
Zaman ini ada yang masuk ke Universiti, ada ke kolej,
Kita kenal dengan ramai rakan sebaya dari latar masyarakat yang berbeza,
pada ketika ini kita mula melihat dunia luar yang kadang-kadang berbeza dengan apa yang kita pelajari sebelum ini,
Kita jadi teruja dengan segala perkara,
Hidup bersama rakan-rakan yang seiringan dengan kita,
yang sama rentak yang sama dengan kita,


Mula Kerjaya

Disaat ini perkara pertama yang akan iringi kita ialah
'Tanggungjawab'
Kita mula mengenal apa itu kehidupan sebenar setelah diberi tanggungjawab,
Mungkin sebelum ini ketika zaman belajar kita mengenal teori sahaja,
tetapi kini kita akan berjumpa dengan praktikal dan realiti sebenar yang ianya sedikit berbeza kadangkala,
Kawan-kawan mula hilang satu demi satu membawa haluan masing-masing,

Ya pada mulanya mungkin akan berasa sedikit sunyi,
pabila berjauhan dengan rakan-rakan baik yang sudah bertahun kita bina persahabatan,
Rindu tu memanglah ada,

Tapi lama kelamaan kita akan mula hadam dengan segala ke 'asing'an ini,
yang mana pada mulanya berat mula menjadi ringan,
bukan kerana ringan bebanan tanggungjawab,
tetapi ringan disebabkan diri kita sendiri yang mula mampu untuk memikulnya,
macam orang pergi ke gymnasium la analogi nya,
minggu pertama mungkin macam nak pitam gamak penatnya,
minggu ke sebelas mesti dah mula 'fit'.

Jadi alhamdulillah kini segalanya sudah mula biasa kembali,

N masih sempat bersorak untuk Harimau Selatan dalam kesibukan kehidupan.hehe

Thank mak dan ayah dan kawan-kawan. :)





Stadium Larkin peace yaw!

8 comments:

honey smile said...

yeah......syabas en dosh....

renjizakura said...

wahhh

ZWAN SABRI said...

wahh.. skang Dosh dah jadi orang yang berjaya.. tumpang gembira.. :)

mR.nawza said...

Selamat Hari Pekerja 2013..bila pulak nak jadi rerama..hehe

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/

Shazwani Othman said...

itulah dinamakan perjalan hidup manusia. apepun tahniah sebab dah berjaya melalui sebahagian perjalanan hidup ni :p

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

Teena Tna said...

Teringat lagu zaman budak2 dulu,
Dari ulat jadi kepompong, tidur lena dalam kelongsong....
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com