followers

Sunday, February 3, 2013

Memang Indah begini

Tergerak rasa ingin menulis sepatah dua lewat malam begini,
secawan kopi panas menjadi peneman menghangatkan suasana malam dingin selepas hujan,
lampu oren yang kian malap dan lagu "Yesterday" dari kumpulan Beetles dimainkan di mp3 berulangkali,
memang indah begini walaupun esok hari bekerja.

Terfikir sejenak pada 365 hari akan datang, adakah masih dapat alami suasana indah sebegini?
akan berubahkah nanti?
Tanda tanya sebegitu sering bermain difikiran baru-baru ini. Entah kenapa diri sendiri pun tak tahu.
Ditanya berulang kali kepada diri namun tiada jawapan.
ibarat kata Najwa Latif "Banyak Persoalan yang berada diminda"



Namun begitu, harapan dan sasaran sudah diletakkan, 
tetapi sejauhmana ianya akan menjadi realiti itu terpulang kepada Yang Maha Penentu. 
Sudah tentulah Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. 
Doa ibu ayah menjadi pendorong untuk membuka langkah kecil ini menjadi langkah yang lebih besar.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam insyaallah.
Lakukan apa sahaja yang terbaik selagi berkemampuan.
dan ingat kepada kebaikan yang kita akan dapat.






8 comments:

Shaqir Ir Manz said...

doakan segala yang terbaek...insyaAllah :D

ZWAN SABRI said...

InsyaAllah hari2 mendatang akan jadi yang lebih baik.. enjoy je apa yang datang.. pasti hidup akan best! :)

eszyamin said...

dosh..sayu la rasa..sbb kdg momen2 yg kita lalui adakala mmg akan kita dpt rasa kita kan rindukan ia suatu hari nnti..walaupun dgn hanya duduk minum kopi sambil trdgr kicau burung.. :')

Dosh Saleem said...

@shaqir Ir Manz: thank bro!

@ZWAN SABRI: insyaallah!

eszyamin: hahah..jgn kopi tumpah dah.haha

mieza said...

kte mmg slalu fikir ape akn jdik esok.
sdgkan kte mmg xkan tau ape jdik.
but, at least kte merng sesuatu yg baik.

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/

Adam Hafiz said...

erm.. abg lawyer yg sgat bijak berkate2.. heheh

xila dot said...

live life to the fullest! ;p