followers

Sunday, February 17, 2013

Hujan Kemungkinan

Assalamualaikum,


Hujan tidak putus melimpahkan amarahnya tiap hari,
seminggu berlalu langit masih lagi menangis,
aihh...cuaca begitu jujur meluahkan apa yang dirasa,

...............

Ah, tapi biasalah bila kesedihan itu datang,
mana ada manusia yang tidak bersedih bukan?
cuma jangan diikutkan sangat apa yang dirasa,
Sekali jatuh bangkit lagi dan lagi,
boleh begitu?
Kalau tak boleh sila bolehkan..

.............

Insyaallah akan datang kegembiraan selepas itu,
langit yang hujan itu tentunya memberi rahmat dan 'reborn' untuk hidupan yang baru,
Rahmatnya didatangkan dengan pelbagai cara,
Kadang-kadang kita ni degil,
Selagi tidak datang 'bah' yang besar, selagi itu ianya akan konstan begitu,
Jadi ambil lah pengajaran dari segala kesedihan dan kesulitan yang berlaku,
insyaallah perkara yang baik akan datang..




Mungkin kadangkala kita mahukan seseorang membawakan 'payung' untuk kita?

Mungkin



8 comments:

Shaqir Ir Manz said...

wahh~ terkesima skjap baca entri ni. kadang2 aku pon tak pernah terpikir pasal hujan. Biarkan sja air tuh turun tanpa pikir apa2 yang mengingatkan tentang apa yang bakal berlaku kemudian hari atas kelalaian sendiri... :(

SELANTARA said...

hujan yg berguguran membasahi bumi fitrah alam. . . namun disebaliknya tersembunyi rahmat yg x diketahui oleh mahkluk. . walau sebesar mana payung pun tetap membasahi kaki seluar.. . . . .

eszyamin said...

alam ini terlalu hampir dgn kita, alam ini juga kdgkala lebih memahami kita..

meh dosh aku payungkan hang..hehe

MarliaMarble said...

ayat bawah gambar tu memang best. Betul,mungkin kita nak orang bawakan 'payung' untuk kita. =)

mieza said...

entry ni best..
johor hri2 hjan

nYUn said...

fitrah manusia yg taknak sedih sorg2.. temankan aku wehhh :D

hyda91 said...

assalamualaikum.. hype, follow blog ni... http://butterflykuterbangtinggi.blogspot.com/
tq.. :)

Ahmad Zarif said...

banyak maksud tersirat nmpaknye..