followers

Monday, February 25, 2013

"Decoy Dream"


Jam sebelas malam, kelopak mata mula rapat,
Dingin angin kipas malam semakin membawa diri ke dunia yang satu lagi,

....

Aih,
ruang berharga yang cukup singkat,
Waktu yang begitu pendek untuk muhasabah diri,
Begitu singkat untuk melihat kembali asal diri kita,
tanpa dipengaruhi apa-apa unsur luar,
hanya beberapa minit sahaja ketika pemikiran kita pada tahap paling rasional.
Tinggal diri kita dan minda,

......

Kadang-kadang kita lupa waktu yang singkat begini,
Tuhan mencipta waktu ini agar kita dapat menilai semula siapa diri kita,
Apa tugas kita, apa tanggungjawab kita dan apa harapan kita,
disaat ini kita lihat kembali,
apa perkara baik dan buruk yang kita lakukan pada 23 jam 50 minit yang lalu,
Cukupkah untuk dijadikan bekalan di 'sana' nanti?
atau dijadikan bebanan?
jawapannya terletak pada diri sendiri 

......

Semoga diizinkan Nya untuk terus bangkit dan dikurniakan kehidupan esok hari..

Selamat bermimpi indah..

2 comments:

Husna Mizan said...

cukup muhasabah. tahniah :)

ZaloraTeamMY said...

Salam daripada Zalora Malaysia,

Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)