followers

Thursday, February 21, 2013

Buat Kawan-Kawan Yang Kita Suka

Assalamualaikum,

Entah kenapa baru-baru ini semakin tinggi semangat untuk menulis blog,
Mungkin sebab rasa seronok bila berkongsi cerita,
dengan kawan-kawan maya yang kita suka,

Sedar tidak sedar, lima-enam tahun menulis di laman yang sama ini,
kesemuanya berjumlah dua ratus lima puluh satu (251) artikel telah dikarangkan,
termasuk yang ini,

bertukar rupa, bertukar nama, bertukar juga cara penulisannya,
dari penulisan anak-anak ke penulisan yang lain sedikit,

Ditanya kenapa suka berblogging? best ke? merepek apa kau dekat blog?

Jawapannya yang sama "Cuba dulu, baru tahu"

Sebenarnya berblogging ini lebih berbentuk suatu perkongsian, 
tidak kisah apa yang ditulis, cerita hikayat, cerita cinta, cerita menguji minda,
perasaan ketika selesai menulis bagai perasaan baru keluar dari tandas,
Rasa puas,

Rakan maya datang berlalu pergi sepanjang lima tahun di laman blogger ini,
dilihat kembali blog-blog mereka kini sudah lebih dewasa  
ada yang sudah ada gambar2 kahwin, gambar2 mempunyai cahaya mata,
Gembira melihat rakan-rakan ini  berevolusi,
walaupun ada yang tidak pernah bertemu walau sekali,

Apa-apa pun ucapan All The Best untuk semua,
Insyaallah kalau dipanjangkan usia kita berjumpa diluar dunia maya ini.

Blogger Gathering 2010



I love Maya Karin




5 comments:

Diyana Munira said...

As for me, blogging helps me stay sane. It helps me put down something that I want to say (tapi tak boleh because of a few circumstances) into writing. At least dapat luahkan what's inside lah. Kalau yang terlalu personal/controversial either tu privatekan atau password protected (Wordpress je).


By the way...

I love Jeremy Lin (nak jugak!)

Huhuhu...

eszyamin said...

:')

miszATIN said...

ade gambar saya lah :)

blog fey-fan said...

whats the title of this song?? best la..

mieza said...

best kalo kte dpt share cte,pengalaman sume ngn kwn2..